Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515245
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Fariz Mohamed, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorZainah Othman (P54201)
dc.date.accessioned2023-10-16T08:29:13Z-
dc.date.available2023-10-16T08:29:13Z-
dc.date.issued2017-04
dc.identifier.otherukmvital:104710
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515245-
dc.descriptionPengurusan bersama merupakan satu kaedah yang penting dalam usaha untuk melestarikan industri eko-pelancongan di Malaysia. Pendekatan ini penting bukan sahaja untuk memastikan kelestarian industri malahan penting bagi memulihara ekosistem hutan yang menjadi produk penting industry ini. Bahkan, pengurusan bersama menyaksikan pihak berkepentingan mengurus secara bersama sumber eko-pelancongan di luar batasan pengurusan konvensional yang terpisah. Oleh itu, kajian ini mengkaji potensi bagi asas pengurusan bersama untuk berlaku di kalangan pihak berkepentingan di kawasan seluas 117,500 hektar, Hutan Simpan Diraja Taman Negeri Belum, Gerik, Perak. Responden kajian ini terdiri dari pihak berkuasa dari kalangan kerajaan pusat dan tempatan, pembekal perkhidmatan pelancongan, pihak swasta, wakil komuniti dan wakil penduduk peribumi serta pertubuhan badan bukan kerajaan. Setiap pihak berkepentingan telah menjawab soal-selidik yang berasingan serta ditemubual bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Dapatan kajian menunjukkan pengurusan bersama wujud di dalam bentuknya yang tersendiri di RBFSP iaitu lebih bercirikan ‘adhoc’ atau di dalam acara istimewa yang diatur, tambahan pula pengurusan eko-pelancongan di RBFSP wujud secara terpisah atau ‘silo’. Hasil dapatan juga menunjukkan 23% dari keseluruhan 26 pihak berkepentingan kurang bersetuju dengan elemen kesediaan untuk menyumbang di dalam kerja sukarela, menyumbang kemahiran dan sokongan kewangan. Sekaligus menunjukkan elemen ‘antecedent’ yang penting di dalam menentukan kejayaan pengurusan bersama telah kurang diterima oleh responden. Kebanyakkan pihak mengakui kepentingan pengurusan bersama tetapi dari segi amalan pengurusan sedia ada menunjukkan peratus persetujuan tentang pengurusan bersama adalah lebih rendah. Ini menunjukkan penglibatan pasif serta pengurusan bersama berbentuk kategori arahan. Sebagai kesimpulan, pengurusan bersama di kawasan ini perlu sokongan dari kerajaan terutamanya dari sudut obligasi perundangan, ekonomi, sosial dan alam sekitar tanpa menidakkan kepentingan penglibatan dan sokongan dari pihak komuniti dan pihak berkepentingan yang lain bagi memastikan kelestarian industri eko-pelancongan di Hutan Simpan Diraja Taman Negeri Belum, Gerik, Perak.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
dc.rightsUKM
dc.subjectRoyal Belum Park (Perak
dc.subjectMalaysia)
dc.subjectEcotourism -- Malaysia
dc.subjectTourism -- Malaysia
dc.subjectRain forests -- Malaysia -- Perak
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePeluang pengamalan pendekatan pengurusan bersama di kawasan eko-pelancongan: kajian kes di Royal Belum Forest State Park (RFFSP) di Gerik, Perak
dc.typeTheses
dc.format.pages362
dc.identifier.callnoG155.M4Z335 2017 tesis
dc.identifier.barcode003663(2019)
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_104710+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.01 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.