Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515033
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Farhanulhakim, Dr.-
dc.contributor.authorMuhammad Akmal Suhaimi (P100959)-
dc.date.accessioned2023-10-16T07:53:51Z-
dc.date.available2023-10-16T07:53:51Z-
dc.date.issued2022-06-10-
dc.identifier.otherukmvital:129484-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.myjspui/handle/123456789/515033-
dc.descriptionUntuk meningkatkan prestasi membran, modifikasi permukaan berasaskan plasma telah dianggap sebagai kaedah hijau dan mesra alam tanpa penggunaan bahan kimia bertoksik dengan kemampuan untuk memperkenalkan pelbagai kumpulan berfungsi pada permukaan. Kajian ini mencadangkan pemendapan polimer menggunakan campuran wap Tetraorthosilikat (TEOS) dan gas oksigen menggunakan teknik polimerasi plasma. Pengubahsuaian membran PES dapat meningkatkan prestasi membran, mengurangkan kadar pengotoran membran, dan meningkatkan kadar tapisan Congo Merah (CR). Pemendapan polimerasi plasma dilakukan di ruang vakum dengan variasi daya plasma 10 W, 20 W, 30 W dalam tempoh 5min. Kemudian membran yang dirawat diletakkan dalam penapisan aliran silang. Beberapa parameter telah diukur untuk menentukan prestasi membran iaitu sudut kontak air (WCA), keliangan membran, fluks air tulen, kekuatan penapisan membran terhadap pewarna organik Congo Merah (CR). Analisa FTIR dan EDX dilakukan untuk memastikan kualiti lapisan pemendapan dan kehadiran kumpulan berfungsi. Ujian titik gelembung diambil untuk mengukur saiz pori-pori membran sebelum dan selepas pemendapan. Pengimejan FESEM menunjukkan bahawa pemendapan plasma tidak mengubah ukuran dan struktur pori membran. Secara keseluruhannya, prestasi membran meningkat tiga kali ganda dengan penggunaan PP TEOS/O2 dan meningkatkan fluks air melalui perubahan hidrofilik membran di mana sudut kontak air membran yang dirawat menurun sebanyak 86% berbanding dengan membran yang tidak dirawat. Kadar penolakan dan antikerosakan membran juga bertambah baik masing-masing sebanyak 87% dan 15%. Kesimpulannya, polimerasi plasma menggunakan TEOS dapat meningkatkan hidrofilik pada permukaan membran, seterusnya dapat meningkatkan prestasi membran tanpa mengubah sifat pukal membran.,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) / Institute of Microengineering and Nanoelectronics-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectPolimerasi plasma-
dc.subjectPes membran-
dc.subjectPewarna organik-
dc.titlePengubahsuaian permukaan pes membran menggunakan teknik polimerasi plasma untuk penapisan pewarna organik-
dc.typeTheses-
dc.format.pages88-
Appears in Collections:Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129484+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.44 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.