Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515030
Title: Kristal fotonik 1D dua puncak dalam konfigurasi selari dengan integrasi cermin gelung hujung
Authors: Mohamad Hazwan Haron (P86219)
Supervisor: Ahmad Rifqi Md Zain, Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Kristal fotonik
Fotonik silikon
Pengesanan bio
Issue Date: 21-Nov-2021
Description: Fotonik silikon menawarkan keupayaan untuk menggabungkan beberapa komponen fotonik pada satu cip untuk melaksanakan fungsi yang lebih kompleks. Salah satu aplikasi fotonik silikon ialah untuk pengesanan bio yang menjadi fokus kajian ini. Objektif utama penyelidikan ini adalah untuk membangunkan pengesan bio berasaskan kristal Photonic (PhC) berongga yang mempunyai kemampuan pampasan diri suhu dan pengurangan kehilangan cahaya dengan integrasi cermin gelung hujung (ELM). Peranti PhC berongga yang memberikan transmisi dengan puncak tajam dan faktor Q tinggi dapat digunakan untuk pengesanan bio dengan mengesan indeks biasan (IB) analit sasaran. Masalah pengesanan puncak tunggal pada pengesan optik adalah kecenderungannya untuk memberikan ralat dalam pengukuran kerana kesan turun naik suhu persekitaran. Penyelesaian untuk ini adalah dengan menggunakan reka bentuk pampasan diri suhu. Konfigurasi reka bentuk novel dibangunkan berdasarkan struktur PhC satu dimensi (1D) dalam konfigurasi selari untuk mendapatkan keluaran dua puncak yang dapat ditala dan mempunyai kemampuan pampasan diri suhu. Peranti ini akan bergantung kepada pemisahan puncak dan bukannya lokasi puncak tunggal pada panjang gelombang untuk pengesanan bio. Reka bentuk ini kurang dipengaruhi oleh perubahan suhu kerana sebarang perubahan suhu akan menganjak kedua-dua puncak pada nilai yang sama. Cabaran seterusnya dalam menggunakan peranti 1D PhC adalah untuk mengurangkan kehilangan cahaya. Kelemahan reka bentuk 1D PhC konvensional adalah cahaya terpantul pada lubang-lubang yang membahagikan cahaya menjadi dua arah yang terpisah. Untuk menyelesaikan masalah ini, struktur novel lain direka untuk mengitar semula transmisi cahaya pada peranti 1D PhC dengan menggunakan ELM, yang akan memberikan lebih banyak transmisi dan mengurangkan kehilangan. Keputusan daripada integrasi peranti 1D PhC dengan ELM menunjukkan jumlah cahaya dipantulkan ELM sebanyak 71%, peningkatan transmisi sehingga 73.2% dan peningkatan faktor Q sehingga 79.53% berdasarkan simulasi. Keputusan uji kaji menunjukkan struktur 1 port ini dapat diukur dan keputusan transmisi dengan puncak resonan dapat diperolehi. Keputusan reka bentuk akhir dengan menggabungkan keduadua penyelesaian dalam satu reka bentuk bersepadu menunjukkan peningkatan transmisi atau nisbah perbezaan puncak resonan daripada 0.205 kepada 0.937.,Ph.D.
Pages: 177
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126366+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
910.7 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.