Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515022
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Yusri Abd. Rahman, Prof. Madya Dr-
dc.contributor.authorAmirul Shafiq Sulaiman (P83223)-
dc.date.accessioned2023-10-16T07:53:48Z-
dc.date.available2023-10-16T07:53:48Z-
dc.date.issued2019-08-20-
dc.identifier.otherukmvital:120815-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.myjspui/handle/123456789/515022-
dc.descriptionDalam kajian ini, filem grafin oksida terturun terdop emas digunakan sebagai elektrod lawan sel suria terpeka pewarna (DSSC). Peringkat awal penyelidikan ini tertumpu kepada penyediaan dan pencirian filem grafin oksida terturun (rGO) dan grafin oksida terturun terdop emas (Au-rGO) di atas substrat indium timah oksida (ITO). Kesan parameter sintesis rGO seperti kandungan grafin oksida (GO) ke atas sifat-sifat filem rGO dan parameter prestasi DSSC dikaji. Kesan parameter-parameter Au-rGO seperti kandungan emas, suhu sepuhlindap dan masa sepuh lindap ke atas sifat-sifat sampel Au-rGO dan parameter prestasi peranti juga dikaji. Pendopan filem GO dengan emas menggunakan larutan emas klorida sebagai sumber pendopan menggunakan kaedah Hummers terubahsuai dan salutan berputar. Skop pertama kajian, iaitu variasi kandungan GO menghasilkan prestasi peranti yang tertinggi, iaitu η= 0.09 % pada peratus berat 2.5 wt.% sepadan dengan Jsc= 0.77 mA cm-2 dan Voc= 0.61 V. Spektrum XRD menunjukkan puncak GO pada sudut 22.5°. Imej FESEM menunjukkan bahawa sampel rGO mempunyai rantau kelabu dan jalur putih. Skop kedua kajian, iaitu variasi kandungan emas menunjukkan pada 2.0 wt.% emas, kecekapan tertinggi diperolehi, iaitu η= 0.175% sepadan dengan Jsc dan Voc masing-masingnya 0.989 mA cm-2 dan 0.692 V. Puncak rGO dalam spektrum XRD wujud pada sudut 10.5°. Sifat optik AurGO yang ditunjukkan oleh spektrum penghantaran UV-Vis menunjukkan peratusan kehantaran tertinggi, iaitu 96% pada 2.0 wt.% Au. Spektrum XPS mendapati bahawa keamatan puncak emas terlalu rendah yang menunjukkan kemasukan atom emas ke dalam kekisi rGO terlalu kecil. Menggunakan 2.0 wt.% emas sebagai kandungan optimum, suhu sepuhlindap dan masa sepuhlindap divariasikan. Morfologi sampel AurGO terdiri daripada rantau kelabu, jalur putih dan tompok putih partikel emas. Pada suhu sepuhlindap 120 °C, peranti menunjukkan kecekapan tertinggi, iaitu 0.134% dengan Jsc= 0.510 mA cm-2 dan Voc= 0.568 V. Masa sepuhlindap, 45 minit pada suhu 120 °C menghasilkan kecekapan peranti yang lebih tinggi, iaitu 0.155 % serta Jsc= 1.135 mA cm-2 dan Voc= 0.561 V. Berdasarkan hasil kajian di atas, di dapati pendopan emas ke dalam grafin oksida terturun sebagai elektrod lawan meningkatkan prestasi DSSC.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) / Institute of Microengineering and Nanoelectronics-
dc.rightsUKM-
dc.subjectDye-sensitized solar cells-
dc.subjectGraphene-
dc.subjectElectrodes-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleGrafin oksida terturun sebagai elektrod lawan sel suria terpeka pewarna-
dc.typeTheses-
dc.format.pages94-
dc.identifier.callnoTK2963.D94A465 2019 3 tesis-
dc.identifier.barcode005382(2021(PL2)-
Appears in Collections:Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120815+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
513.37 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.