Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515015
Title: Peranti termoelektrik berasaskan filem nipis hibrida bismuth telluride / poly (3, 4 ethylenedioxythiophene) polystyrene sulfonate/gliserol terdop grafin
Authors: Airul Azha Abd. Rahman (P63565)
Supervisor: Akrajas Ali Umar, Prof. Madya Dr.
Keywords: Peranti termoelektrik
Bismuth Telluride
Kekonduksian
Thermoelectricity.
Issue Date: 8-Mar-2016
Description: Peranti termoelektrik menjana kuasa elektrik apabila berlaku perbezaan suhu pada peranti mengikuti fenomena Seebeck. Kecekapan peranti termoelektrik ditentukan oleh sifat termoelektrik, stoikiometri dan struktur bahan yang digunakan. Bismuth Telluride (BixTey) dan aloi-aloinya merupakan bahan separa-konduktor tidak-organik, berstruktur hablur dan digunakan secara meluas dalam pembangunan dan pembinaan peranti termoelektrik. Bahan-bahan tersebut mempunyai kekonduksian haba yang tinggi dan ini akan menyebabkan penyusutan kepada faktor kuasa dan angka merit. Fabrikasi filem bahan-bahan tersebut, menggunakan teknik pemendapan vakum dan alur-epitaksi dimana ianya melibatkan peringkat dan kawalan proses yang rumit serta kos peralatan yang mahal. Oleh itu, PEDOT:PSS/Gliserol yang mempunyai kekonduksian haba yang rendah dan teknik fabrikasi salutan-berputaryang mudah, cepat dan murah digunakan bagi menghasilkan filem termoelektrik.Objektif utama dari tesis ini adalah mengkaji kesan penambahan Grafin ke atas sifat termoelektrik filem nipis bahan hibrida PEDOT:PSS/Gliserol/BixTey(PP-g/BixTey) yang disediakan dengan mencampurkan serbuk BixTey kedalam 1.0 mL PP-g. Fabrikasi filem nipis bahan hibrida dimendapkan diatas substrat kaca menggunakan teknik salutan-berputar. Kesan kepekatan BixTeykeatas sifat termoelektrik bahan hibrida juga dikaji dengan membuat variasi kepekatan BixTeydari 0.2 w.t% hingga 1.2 w.t%. Pencirian sifat-sifat termoelektrik dan elektrik filem nipis bahan hibrida telah dilakukan dan didapati bahawa kekonduksian elektrik dan pekali Seebeck filem nipis hibrida jenis-p dan jenis-n meningkat dengan kepekatan BixTey dan optimum pada sampel dengan kepekatan BiTe setinggi 0.8 w.t%. Seterusnya, kajian kesan kepekatan Grafin (0.02 w.t% hingga 0.1 wt%) ke atas sifat-sifat termoelektrik filem nipis hibrida mendapati bahwa kekonduksian elektrik dan pekali Seebeck bahan hibrida meningkat dengan peningkatan kepekatan Grafin dan optimum pada sampel yang mengandungi Grafin setinggi 0.08 wt%. Pada keadaan ini, kekonduksian elektrik dan pekali Seebeck filem nipis hibrida adalah masing-masing setinggi 413.5 S/cm dan 18.69 μV/K untuk filem jenis-p manakala 194.2 S/cm dan 18.41 μV/K untuk filem jenis-n. Peranti termoelektrik menggunakan kedua-dua jenis bahan ini didapati mampu menghasilkan voltan sebanyak 2.1996 mV pada perbezaan suhu 55K berbanding 1.0978 mV apabila menggunakan bahan hibrida tanpa Grafin. Bahan hibrida PP-g/BixTey/G berpotensi digunakan sebagai sumber pembangunan penjana tenaga elektrik alternatif dari sumber haba.,Ph.D
Pages: 102
Call Number: QC621 .A357 2016 3
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81742+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.87 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.