Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515014
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Muhamad Mat Salleh, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Norhayati Abu Bakar (P61371) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T07:53:45Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T07:53:45Z | - |
dc.date.issued | 2015-12-02 | |
dc.identifier.other | ukmvital:80606 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.myjspui/handle/123456789/515014 | - |
dc.description | Serakan Raman Permukaan Diperkuat (SERS) adalah fenomena peningkatan isyarat spektrum Raman sesuatu molekul hasil daripada kesan plasmonik nanozarah logam. Fenomena ini berpotensi dipakai sebagai sensor untuk mengesan kehadiran molekul tertentu. Tesis ini melaporkan kajian pembangunan sistem sensor SERS untuk mengesan molekul bisfenol A (BPA) menggunakan substrat SERS nanoplat perak (NP). Substrat NP disediakan dengan memendapkan NP di atas permukaan kuartza dari koloidal mengguna teknik swa-pasang. Koloidal NP perak disintesis menerusi teknik penurunan kimia secara langsung yang berjaya menghasilkan NP berdiameter purata 26 nm dan berketebalan purata 7 nm. Kajian untuk mendapatkan kualiti pemendapan NP di atas permukaan substrat dilakukan mengguna pra-rawatan hidroksilat ke atas permukaan kuartza. Bagi proses pemendapan filem nipis, kajian telah dijalankan dengan melakukan variasi masa rendaman substrat di dalam koloidal NP. Didapati bahawa masa rendaman menentukan taburan saiz dan ketumpatan permukaan NP di atas permukaan substrat. Satu sistem sensor SERS telah dibangunkan terdiri daripada sumber cahaya untuk menguja molekul sampel kajian, penduga Raman, kebuk sensor dan spektrofotometer sebagai sistem penganalisis. Serat optik dupleks digunakan untuk menghantar cahaya dari sumber ke penduga dan dari penduga ke spektrofotometer. Sistem sensor yang dibangunkan ini telah diuji menggunakan substrat NP untuk mengesan molekul BPA. Sensor tersebut berjaya mengesan molekul BPA dengan faktor penguat tertinggi 3.81x104 (faktor penguat purata SERS) dan kepekatan terendah dikesan adalah 0.001 M. Sensor ini juga menunjukkan sifat kebolehpilihan, kebolehulangan dan kebolehasilan yang baik. Variasi penggunaan substrat yang berbeza morfologi menunjukkan kepekaan sensor bergantung kepada ketumpatan permukaan NP yang dimendapkan pada permukaan substrat.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) / Institute of Microengineering and Nanoelectronics | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Raman effect | |
dc.subject | Surface enhanced | |
dc.subject | Bisphenol A. | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pembangunan sensor Serakan Raman Permukaan Diperkuat (SERS) menggunakan substrat nanoplat perak untuk mengesan molekul bisfenol A | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 105 | |
dc.identifier.callno | QC454.R36N665 2015 3 tesis | |
Appears in Collections: | Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_80606+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.07 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.