Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515009
Title: | Pembangunan sensor gas jajaran nanodawai logam oksida (Co3o4, Cuo, Fe203, In203, NiO, PdO, SnO2, ZnO) dalam pengesanan gas berbahaya (H2, C4H10, CO, NO) pada suhu bilik |
Authors: | Tiong Teck Yaw (P62047) |
Supervisor: | Dee Chang Fu, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Nanowires Metal oxide semiconductors Metallic oxides Gases Asphyxiating and poisonous Dissertations, Academic -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 8-Jan-2016 |
Description: | Pembebasan dan kebocoran gas berbahaya (H2, C4H10, CO dan NO) terutamanya dari sektor pengangkutan telah menyebabkan pencemaran udara dan menjejaskan kesihatan manusia. Penggunaan sensor gas yang cekap sebagai sistem kawalan pembebasan serta kebocoran gas berbahaya adalah penting. Sensor semikonduktor logam oksida adalah antara sensor gas yang lazimnya digunakan, namun ia mempunyai kelemahan seperti keperluan proses pemanasan dalam langkah pengesanan gas serta sifat kebolehpilihan yang lemah. Tujuan kajian ini adalah untuk membina sensor gas berasaskan jajaran nanodawai CuO, Co3O4, NiO, PdO, Fe2O3, In2O3, SnO2 dan ZnO yang mempunyai sifat kepekaan dan kebolehpilihan yang tinggi terhadap gas H2, C4H10, CO dan NO pada suhu bilik. Sensor jajaran ini terdiri daripada 8 jenis nanodawai berdiameter 50.67 ± 1.12 nm dengan panjang 10.34 ± 0.04 μm, yang disintesiskan menggunakan templat aluminium oksida berliang. Kelapan-lapan jenis nanodawai tersebut telah disusun atas elektrod Cr/Pt dan Cr/Al melalui teknik dwielektroforesis. Sensor gas jajaran yang dibangunkan mempunyai kepekaan masing-masing sebanyak 13.23 %, 11.33 %, 7.12 % dan 5.80 % terhadap 100 ppm gas H2, C4H10, CO dan NO. Masa pengesanan dan pemulihan terhadap 4 jenis gas tersebut masing-masing adalah 6 s, 1 s, 2 s, 24 s serta 20 s, 26 s, 18 s dan 22 s. Sensor jajaran yang dilaporkan telah menunjukkan sifat kebolehpilihan terhadap gas yang didedahkan berdasarkan pemadanan kepada corak kepekaan piawai. Selain daripada itu, ia telah menunjukkan sifat kebolehulangan (72.37 - 95.18 %) dan kestabilan keseluruhan (82.51 - 96.75 %) yang tinggi. Perbandingan prestasi sensor jajaran ini dengan sensor komersial yang berdasarkan filem nipis SnO2 menunjukkan sifat pengesanan gas pada suhu bilik yang lebih tinggi sebanyak 5.37 - 26.46 kali ganda. Sifat sensor jajaran nanodawai ini yang beroperasi secara serentak pada suhu bilik membolehkannya lebih berpotensi untuk digunakan sebagai sensor gas yang jimat tenaga berbanding sensor gas tunggal.,Ph.D. |
Pages: | 195 |
Call Number: | TK7874.85.T5373 2016 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_80603+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 11.24 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.