Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515003
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | P. Susthitha Menon N.V. Visvanathan, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Khadijah Ismail (P63566) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T07:53:41Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T07:53:41Z | - |
dc.date.issued | 2016-01-22 | |
dc.identifier.other | ukmvital:80068 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.myjspui/handle/123456789/515003 | - |
dc.description | Pemultipleksan pembahagian panjang gelombang kasar (CWDM) merupakan satu teknik yang membolehkan beberapa panjang gelombang dibawa melalui satu gentian optik pada sela jalur yang besar di antara panjang gelombang bersebelahan iaitu 20 nm. Walau bagaimanapun apabila isyarat diangkut sepanjang gentian optik, sejumlah kehilangan dalam gentian mengakibatkan kualiti isyarat yang dibawa itu semakin merosot. Ini mengakibatkan maklumat yang dibawa oleh isyarat tersebut tidak berjaya dikesan oleh penerima kerana ia diterima sebagai ralat. Oleh itu, di dalam kajian ini penguat isyarat optik digunakan untuk menaikkan kekuatan isyarat setelah ianya melalui rantaian gentian optik yang panjang. Terdapat beberapa jenis penguat optik yang digunakan secara meluas di dalam komunikasi optik seperti penguat optik semikonduktor (SOA), penguat gentian terdop erbium (EDFA) dan penguat Raman. Jenis penguat optik yang digunakan dalam kajian ini adalah SOA dan EDFA kerana kedua- dua penguat ini adalah lebih kos efektif daripada penguat Raman. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji pretasi yang dicapai melalui implementasi SOA dan EDFA dalam rangkaian CWDM 8 saluran secara eksperimen dan mengembangkan idea pengukuran prestasi sistem CWDM berpenguat SOA dan EDFA dalam rangkaian CWDM 18 saluran secara simulasi. Selain itu, gabungan kedua-dua penguat ini membolehkan julat panjang gelombang CWDM yang lebih lebar dapat dirangkumi. Selain itu, buat julung kalinya, prestasi rangkaian juga dianalisis berdasarkan konfigurasi yang berbeza iaitu pos-penguat, penguat dalam saluran dan pra-penguat. Kajian ini dilaksanakan melalui eksperimen dan juga simulasi berangka menggunakan perisian Optisystem. Di dalam eksperimen, 8 saluran CWDM yang merangkumi 1471 nm sehingga 1611 nm diambilkira, manakala di dalam pembangunan sistem secara simulasi, pengukuran prestasi 18 saluran CWDM yang merangkumi 1271 nm sehingga 1611 nm dilaksanakan. Di dalam kaedah eksperimen SOA yang beroperasi dalam jalur S dan EDFA yang beroperasi dalam jalur C digunakan. Melalui simulasi pula, lima penguat SOA dicirikan supaya setiap penguat masing-masing beroperasi dalam jalur O, E, S, C dan L. EDFA yang digunakan pula dicirikan dalam jalur C. Kemudian, prestasi sistem CWDM diukur dengan menggunakan penguat optik yang dicirikan tersebut dalam konfigurasi SOA kaskad (SOA-SOA) dan konfigurasi hibrid SOA-EDFA. Berdasarkan keputusan yang dicapai secara eksperimen dan simulasi, konfigurasi pra-penguat menghasilkan pencapaian yang lebih baik berbanding penguat dalam saluran dan pos-penguat. Dengan menggunakan konfigurasi pra-penguat, peningkatan kuasa dalam rangkaian adalah lebih tinggi. Selain itu nilai kuasa yang diukur di bahagian penerima adalah melebihi nilai tipikal sensitiviti penerima yang diperlukan bagi mencapai BER yang lebih rendah daripada 10-9. Kesimpulannya, sistem berpenguat optik yang dicadangkan adalah sesuai digunakan untuk pengangkutan isyarat melalui gentian optik untuk jarak pengangkutan jaringan akses metro.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) / Institute of Microengineering and Nanoelectronics | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Gelombang | |
dc.subject | Gentian optik | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Implementasi kombinasi SOA dan EDFA dalam rangkaian CWDM | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 135 | |
dc.identifier.barcode | 002015(2016) | |
Appears in Collections: | Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_80068+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.4 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.