Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514931
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorNaser Mohammed Sulaiman Saad (P50615)
dc.date.accessioned2023-10-16T07:42:24Z-
dc.date.available2023-10-16T07:42:24Z-
dc.date.issued2013-08-28
dc.identifier.otherukmvital:119217
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514931-
dc.descriptionTesis ini membicarakan aspek-aspek sejarah dan kebudayaan di Zaman Paleolitik Pertengahan di kawasan Barat Daya Asia dan Timur Laut Afrika dengan memberi penumpuan terhadap komunikasi dan kesan pengaruh di antara keduanya dari aspek moral dan material. Kajian ini juga membincangkan spesis manusia yang memainkan peranan membawa hubungan dan pengaruh ini. Di antara objektif kajian ialah untuk mengenalpasti kawasan berdasarkan kepada pendekataan pembahagian sudut geologi bagi kawasan Barat Daya Asia dan Timur Laut Afrika. Ia juga mengkaji keadaan bentuk muka bumi kawasan berkenaan, cuacaserta permulaan dan kesudahan Zaman Paleolitik Pertengahan di kawasan ini. Tesis ini mengkaji komponen spesis manusia yang bertanggungjawab membawa perkembangan tamadun zaman ini dari sudut material dan moral. Selain itu, kajian ini mengkaji ciri-ciri umum dan khusus hubungan dua hala yang dipercayai wujud di antara kelompok spesis manusia ketika itu yang dipercayai membuka jalan bagi perkembangan sistem sosial dan ekonomi yang seterusnya menentukan tahap budaya dari sudut moral dan material dalam masyarakat. Kajian ini menggunakan pendekatan, analisis sejarah dan analisa diskriptif dengan melakarkan dan menganalisa gejala sejarah yang wujud dan bertujuan membuktikan sama ada interaksikomunikasi dan faktor pengaruh wujud ketika itu atau sebaliknya. Dalam kesimpulannya, kajian ini menghuraikan kesan yang dibawa oleh proses hanyutan benua kepada kedua-dua kawasan kajian di samping mengenalpasti skop geografinya. Kajian ini berjaya mengenalpasti tempoh masa zaman ini serta perbezaan masa di antara kedua kawasan dengan mencatatkan bahawa kawasan Timur Laut Afrika mendahului kawasan Barat Daya Asia selama 20,000 tahun. Kesimpulan kajian ini juga menghuraikan hubungan di antara manusia primata awal dan primata moden melalui perbezaan ciri-ciri antropologi fizikal kedua-duanya serta mengenalpasti spesis manusia yang menetap di kawasan ini. Dapatan menunjukkan bahawa masyarakat manusia pada zaman Paleolitik Pertengahan ini mengamalkan sistem sosial dan ekonomi tersendiri selari dengan sistem yang wujud ketika itu di samping sistem mereka masing-masing. Ini walau bagaimanapun tidak semestinya menunjukkan bahawa terdapat hubungan dan interaksi langsung di antara keduanya. Pada masa yang sama, kajian ini tidak menafikan kemungkinan wujudnya hubungan ketamadunan sedemikian di antara kedua-duanya yang menunjukkan kepada tahap pengaruh yang terjadi di antara kedua-duanya.,Tesis ini tidak ada perakuan Sarjana/ Doktor Falsafah,PhD
dc.language.isoara
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB) / Institute of West Asian Studies
dc.rightsUKM
dc.subjectPaleolithic Era
dc.subjectCivilizational relations
dc.titleCivilizations relations and influences in the Southwest Asia and the Northeast Africa regions during the Middlepaleolithic era through archaeological findings.
dc.typeTheses
dc.format.pages261
dc.identifier.barcode002685 (2013)
Appears in Collections:Institute of West Asian Studies / Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119217+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
9.04 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.