Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514594
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Rahman Embong, Prof. Emeritus Dato' Dr.-
dc.contributor.authorGasmin Garim (P57154)-
dc.date.accessioned2023-10-16T06:46:46Z-
dc.date.available2023-10-16T06:46:46Z-
dc.date.issued2017-09-07-
dc.identifier.otherukmvital:97809-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514594-
dc.descriptionProgram Beras Untuk Rakyat Miskin (Raskin) di Indonesia yang bermula pada 1998 adalah program bagi mengurangkan beban belanja makanan isi rumah miskin yang bermatlamat memberi kecukupan zat, dan mengurangkan bilangan kemiskinan di Indonesia. Kajian ini menyelidiki pelaksanaan Program Raskin di empat daerah di Provinsi Sulawesi Selatan Indonesia dalam tempoh 1998-2013 dengan tumpuan pada pelbagai kumpulan isi rumah sasaran, serta para pelaksana yang bertugas di pelbagai agensi pemerintah. Ia mengkaji unsur-unsur asas, perancangan, polisi dan aplikasi strategik program serta mengenal pasti keberkesanan Program Raskin ke atas kelompok miskin. Pengumpulan data dilakukan dengan: 1) Kajian kepustakaan; dan 2) Kajian lapangan. Reka bentuk penyelidikan ialah survei, pemerhatian, temu bual bersemuka dan kelompok berfokus. Kerangka teori ialah Teori Polisi Awam. Hasil kajian mendapati bahawa usia responden penerima Raskin purata usia produktif 25 - 65 tahun. Majoriti pekerjaan mereka sebagai Buruh dan Petani (66.5%). Terdapat 53.5% responden yang sememangnya tidak patut mendapatkan agihan subsidi beras kerana pendapatan dan perbelanjaannya di atas paras RM135.00 (Rp500.000). Sebanyak 73% penerima Raskin telah mengikuti program ini semenjak 10 - 16 tahun lepas. Alasan responden menerima agihan beras ialah kerana mereka didaftar oleh pihak pemerintah seramai 90.5% dan hanya 9.5% yang memohon sendiri. Agihan Beras Raskin oleh pihak jentera pelaksana tidak menepati masa agihan setiap bulan, majoritinya (64%) menerimanya selepas lebih dari sebulan sehingga mereka mesti menangguhkan diri untuk menikmati agihan beras murah sesuai keperluannya. Beras pula kurang berkualiti dan tidak berbaloi untuk dimakan. Manakala manfaat bagi meningkatkan kesejahteraan mereka hanya 1.5%, dan majoritinya 79.5% tidak pula mendapat peningkatan pendapatan. Sebanyak 51.5% tidak berpuas hati dengan pelaksanaan Program Raskin. Akan tetapi 88.5% responden menyatakan Program Raskin perlu diteruskan. Kajian ini menyimpulkan secara keseluruhan program ini tidak berkesan dari segi pelaksanaan pelan dan peraturan serta manfaat bagi peserta. Sebaliknya ia meneruskan budaya ketergantungan dalam kalangan peserta program. Kajian ini boleh memberi sumbangan kepada Ilmu Pembangunan mengenai golongan terpinggir dan boleh menjadi sumber rujukan untuk usaha pemerkasaan sosial ekonomi dan pembasmian kemiskinan masyarakat terpinggir di Sulawesi Selatan dan juga di tempat lain.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) / Institute of Malaysian and International Studies-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSubsidi beras-
dc.subjectProgram Beras Untuk Rakyat Miskin-
dc.subjectSulawesi Selatan-
dc.subjectIndonesia-
dc.subjectKemiskinan-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titleKeberkesanan program subsidi beras untuk golongan miskin (Program Raskin) di Indonesia kajian kes empat daerah di Sulawesi Selatan-
dc.typeTheses-
dc.format.pages259-
dc.identifier.barcode002996(2017)-
Appears in Collections:Institute of Malaysian and International Studies / Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97809+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
371.81 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.