Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514587
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Rahman Haji Embong, Prof.Emeritus Dato' Dr.-
dc.contributor.authorTeuku Afrizal (P27861)-
dc.date.accessioned2023-10-16T06:46:43Z-
dc.date.available2023-10-16T06:46:43Z-
dc.date.issued2012-08-17-
dc.identifier.otherukmvital:120517-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514587-
dc.descriptionTesis ini meneliti peranan pihak berkuasa tempatan dan komuniti setempat dalam pengurusan sisa pepejal dengan tumpuan kepada Taman Guru dan Taman Seri di Kota Bharu, Kelantan. Program penglibatan komuniti tempatan dalam pengurusan sisa pepejal di Kota Bharu dimulakan sebagai projek perintis di Taman Guru pada 2002 dan Taman Seri pada 2004. Kajian ini menggunakan perspektif sosiologi mengenai pembangunan masyarakat, dengan bantuan perspektif pengurusan persekitaran. Kajian ini mempunyai empat ojektif iaitu mengkaji faktor terbentuknya program penglibatan komuniti tempatan dalam pengurusan sisa pepejal; proses dan mekanisme penglibatan komuniti; impak program pengurusan sisa pepejal hasil penglibatan komuniti; dan peranan modal sosial dalam penglibatan komuniti. Berdasarkan pendekatan eklektik, kajian ini memanfaatkan tiga teori iaitu teori ekosistem bandar; teori strukturasi dan teori modal sosial untuk dijadikan kerangka pembimbing. Kedua-dua pendekatan kuantitatif dan kualitatif digunakan bagi kaedah kajian. Data primer diperolehi melalui temubual terhadap 26 informan utama; survei ke atas 95 ketua isirumah; diskusi kelompok terfokus; dan pemerhatian. Data sekunder berbentuk dokumen diperolehi daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu dan jabatan-jabatan Kerjaan Persekutuan. Kajian ini mendapati masalah kekangan kewangan, kekurangan tenaga pekerja dan kenderaan pengutip dan pengangkut sisa pepejal, rendahnya tahap kesedaran penduduk dan tidak berkesannya penguatkuasaan undang-undang bersama-sama objektif melaksanakan Agenda Tempatan 21 sebagai faktor utama kenapa program penglibatan komuniti ini dilaksanakan. Secara keseluruhan, kajian ini mendapati sistem pengurusan sisa pepejal di kedua-dua taman tersebut dilaksanakan secara berkesan dengan hasil yang memuaskan. Ia terbukti dengan meningkatnya tahap kebersihan di kedua-dua taman perumahan berkenaan, meningkatnya kesedaran dan semangat penduduk, berkurangnya kos pengurusan sisa pepejal, berkurangnya beban pengurusan dan berkurangnya keperluaan bagi penguatkuasaan undang-undang pihak berkuasa tempatan kerana wujudnya kawalan sosial yang berkesan. Penglibatan komuniti adalah aktif disebabkan wujudnya kesedaran sosial berdasarkan norma dan nilai serta tebalnya modal sosial , yang diikat melalui aktiviti kemasyarakatan, agama dan sukan. Kajian ini mendapati komponen-komponen modal sosial iaitu rasa kepercayaan, rasa kepemilikan, semangat kesetiakawanan, kepemimpinan, dan kesalingan memang tebal dan substantif lebih-lebih lagi di Taman Guru. Kajian ini merupakan satu sumbangan penting terhadap korpus ilmu pembangunan social, pengurusan persekitaran dan juga amat berguna dari segi pelaksanaan dasar khususnya dalam melaksanakan secara berkesan Agenda Tempatan 21,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) / Institute of Malaysian and International Studies-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectSewage disposal-Malaysia-Kelantan-Citizen participation-
dc.subjectSewage disposal-Administration-Citizen participation-
dc.subjectLocal government-Malaysia-Kelantan-Administration-
dc.subjectSewage disposal-Malaysia-Kota Bharu (Kelantan)-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectRefuse and refuse disposal-Malaysia-Kota Bharu (Kelantan)-
dc.subjectEnvironmental management-Malaysia-Kota Bharu (Kelantan)-Case Studies-
dc.titlePeranan pihak berkuasa tempatan dan penglibatan komuniti tempatan dalam pengurusan sisa pepejal di Malaysia :kajian kes di Kota Bharu Kelantan-
dc.typeTheses-
dc.format.pages439-
dc.identifier.callnoGE320.M4T448-
dc.identifier.barcode002857 (2012)-
Appears in Collections:Institute of Malaysian and International Studies / Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120517+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.86 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.