Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514581
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAndrew Kam Jia Yi, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorKhoong Tai Wai (P63635)-
dc.date.accessioned2023-10-16T06:46:41Z-
dc.date.available2023-10-16T06:46:41Z-
dc.date.issued2018-02-22-
dc.identifier.otherukmvital:107304-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514581-
dc.descriptionMenurut statistik, Malaysia dijangka menjadi negara populasi warga tua apabila mencapai Rancangan Malaysia ke-14. Sekiranya seseorang tidak membuat persediaan, mereka akan menghadapi masalah kewangan selepas bersara. Ini seterusnya menjana masalah sosial dalam sesebuah negara. Pengeluaran pra-persaraan skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan salah satu kaedah yang mampu mengatasi masalah kewangan ini. Jika pengeluaran pra-persaraan tidak dilakukan, individu akan menghadapi masalah kewangan selepas bersara. Oleh itu, tujuan kajian ini ialah mengkenalpasti faktor-faktor yang menpengaruhi pemilihan pengeluaran pra-persaraan. Pengeluaran pra-persaraan ini dikaji dari perspeksi perancangan kewangan, iaitu pelaburan dan pembiayaan perumahan. Kebanyakan kajian lepas mengkaji aspek perancangan pelaburan sahaja. Kajian ini mengisi dua jurang kajian utama. Pertama, mengkaji pemilihan perancangan kewangan dengan mempertimbangkan perancangan pembiayaan perumahan. Kedua, mengkaji perbezaan pemilihan perancangan kewangan bagi jantina lelaki dan perempuan. Kajian ini menggunakan tiga teori, iaitu Teori Jangkaan-Utiliti, Teori Prospek dan Model Irwin. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan, iaitu kuantitatif dan kualitatif. Untuk kaedah kuantitatif survei soal-selidik yang dijalankan antara Mei sehingga Oktober 2014, dan sebanyak 1,120 data responden diperolehi. Untuk kaedah kualitatif temu bual secara mendalam yang dijalankan antara Februari sehingga Mei 2015, dan sebanyak 20 peserta telah ditemubual. Daripada jumlah responden yang disoal-selidik, turutan pemilihan perancangan kewangan adalah, daripada pemilihan pelaburan (39.1%), pembiayaan perumahan (30.4%), kedua-dua (20.0%), dan terus kekal skim KWSP (10.4%). Selain analisis deskritif, analisis Model Persamaan Struktur (SEM) digunakan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan perancangan kewanagan bagi tiga kumpulan, iaitu gabungan, lelaki dan perempuan. Bagi kumpulan gabungan, hasil dapatan menunjukkan faktor jantina, taraf perkahwinan, toleransi risiko kewangan, pengetahuan ilmu perancangan kewangan dan penasihat perancangan kewangan, mempengaruhi pemilihan perancangan kewangan secara bererti. Bagi responden lelaki, didapati faktor umur, pendapatan bulanan, toleransi risiko kewangan, pengetahuan ilmu perancangan kewangan dan penasihat perancangan kewangan, mempengaruhi pemilihan perancangan kewangan secara bererti. Bagi responden perempuan pula, didapati faktor taraf perkahwinan, toleransi risiko kewangan, pengetahuan ilmu perancangan kewangan dan penasihat perancangan kewangan, mempengaruhi pemilihan perancangan kewangan bererti. Sumbangan terpenting kajian ialah menunjukkan toleransi risiko kewangan sebagai faktor pengantara di antara faktor-faktor dan pemilihan perancangan kewangan. Sumbangan ini dapat membuktikan bahawa teori-teori kewangan dapat merentas bidang dengan teori tingkah laku perancangan kewangan individu. Daripada kajian ini, implikasi teori, praktikal dan dasar dikenalpasti. Dari segi teori, kajian ini berjaya membuktikan bahawa toleransi risiko kewangan merupakan faktor penting dalam konteks masyarakat negara yang mempunyai sistem perbankan dua. Dari segi praktikal, institusi kewangan perlu memberi lebih banyak latihan kepada penasihat perancangan kewangan supaya mampu memberi penjelasan yang lebih mendalam dan jitu khususnya kepada pelanggan perempuan. Dari segi dasar, pihak berkuasa perlu berkerjasama dengan pertubuhan yang bertaulih untuk membentuk modul perancangan kewangan yang lebih berkesan.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) / Institute of Malaysian and International Studies-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSocial security -- Malaysia-
dc.subjectSaving and investment -- Malaysia-
dc.subjectSavings and loan associations -- Malaysia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleFaktor mempengaruhi pengeluaran skim kewangan persaraan dalam kalangan pencarum KWSP-
dc.typeTheses-
dc.format.pages187-
dc.identifier.callnoHD7222.6.K494 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003833(2019)-
Appears in Collections:Institute of Malaysian and International Studies / Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_107304+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.59 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.