Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514578
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShifa Mohd Nor, Dr.-
dc.contributor.authorRafidah Mohd Azli (P69281)-
dc.date.accessioned2023-10-16T06:46:40Z-
dc.date.available2023-10-16T06:46:40Z-
dc.date.issued2018-
dc.identifier.otherukmvital:107300-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514578-
dc.descriptionAr-Rahnu atau dikenali sebagai pajak gadai Islam merupakan salah satu kemudahan kredit yang berkonsepkan Qardhul Hasan (pinjaman kebajikan) dan Ujrah (caj perkhidmatan). Institusi Ar-Rahnu yang pertama di Malaysia ialah Muassasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT), yang diperkenalkan pada tahun 1993. Terdapat perbezaan dapatan kajian tentang faktor penentu kepada kepenggunaan Ar-Rahnu di Malaysia. Dapatan kajian yang tidak konsisten ini disebabkan oleh implikasi Akta Pajak Gadai 1972 dalam mengawal selia kedua-dua institusi pajak gadai Islam dan konvensional. Terma dan syarat untuk melaksanakan transaksi di institusi-institusi pajak gadai adalah bersifat tidak terikat dan bebas. Oleh yang demikian, wujud perbezaan pandangan dalam kalangan ahli akademik dan pakar ekonomi berkenaan impak Ar-Rahnu terhadap pelanggan dan institusi kewangan Islam. Objektif kajian ini adalah untuk menilai impak pertukaran unsur sosial dalam bentuk manfaat dan tanggungan pelanggan terhadap kepercayaan dan hubungan jangka panjang antara pelanggan dan institusi Ar-Rahnu. Sebanyak lapan buah institusi kewangan Islam iaitu Bank Rakyat, Agrobank, Bank Muamalat, Affin Islamik, Pos Malaysia, YAPEIM, Ar-Rahnu Express dan Koperasi Felda dipilih sebagai tempat untuk menjalankan kajian. Satu set soalan kaji selidik telah dibina berdasarkan kajian-kajian yang lepas. Dua ratus dan enam orang pelanggan Ar-Rahnu telah dipilih sebagai responden. Kajian ini dianalisis dengan menggunakan kaedah Permodelan Persamaan Berstruktur (Structural Equation Modeling) melalui Amos SPSS. Hasil kajian menunjukkan bahawa pertukaran manfaat dan tanggungan memberi impak kepada kepercayaan dan hubungan jangka panjang antara pelanggan dengan institusi Ar-Rahnu. Jaringan sosial terbukti telahmenjadi pengantara bagi kajian ini. Kajian ini telah menyumbang satu model baru yang dapat mengukur impak pertukaran manfaat dan tanggungan pengguna dalam bertransaksi dengan sesebuah institusi kewangan Islam. Model tersebut merupakan hasil integrasi di antara Model Pertukaran Sosial dengan Model Maqasid Syariah. Penyelidikan ini juga dijangka dapat menyumbang kepada implikasi polisi dalam pelaksanaan Akta Pajak Gadai 1972.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) / Institute of Malaysian and International Studies-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPawnbroking -- Religious aspects -- Islam-
dc.subjectPawnbroking -- Islamic countries-
dc.subjectLoans -- Religious aspects -- Islam-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleAr-Rahnu - hubungan pelanggan dengan institusi kewangan Islam-
dc.typeTheses-
dc.format.pages278-
dc.identifier.callnoHG2106.I74R334 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003829(2019)-
Appears in Collections:Institute of Malaysian and International Studies / Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_107300+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.87 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.