Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514543
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Ghafar Ismail, Prof. Dr.
dc.contributor.authorNor Azmidah Zali (P61216)
dc.date.accessioned2023-10-16T06:41:43Z-
dc.date.available2023-10-16T06:41:43Z-
dc.date.issued2017-08-25
dc.identifier.otherukmvital:102167
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514543-
dc.descriptionPelanggaran isu etika sering berlaku disebabkan kurangnya pendedahan kepentingan etika sebagai identiti di dalam syarikat. Ini membawa kepada permasalahan etika yang seringkali dikaitkan dengan kejatuhan sesebuah syarikat kerana sering menjadikan keuntungan sebagai matlamat utama mereka. Kegagalan syarikat menjadikan etika sebagai identiti korporat akan memberikan imej yang kurang baik kepada pihak berkepentingan syarikat. Oleh itu, kajian ini ingin mengutarakan kepentingan etika sebagai identiti korporat dengan mengambil kira beberapa objektif seperti berikut. Pertama, menjelaskan keperluan etika dalam aktiviti syarikat dengan mengambil kriteria-kriteria pemeriksaan aktiviti perniagaan mereka. Kedua, merungkaikan etika dari sudut pandangan berasaskan sumber (Resources-based View). Ketiga, mengetengahkan pendedahan etika sebagai identiti korporat dengan menggunakan laporan tahunan sebagai alat komunikasi kepada pihak berkepentingan syarikat. Keempat, mengenalpasti hubungan antara identiti etika korporat dengan prestasi kewangan syarikat. Kajian ini dianalisa melalui dua kaedah iaitu kualitatif dan kuantitatif. Analisis kandungan dipilih sebagai kaedah kualitatif untuk menganalisa kajian-kajian lepas, pengaplikasian teori-teori yang berkaitan dengan kajian dan bacaan laporan tahunan mengenai pendedahan identiti etika korporat syarikat. Kaedah kuantitatif pula digunakan untuk menganalisa hubungan antara identiti etika korporat dan prestasi kewangan syarikat melalui kaedah penganggaran GMM (Generalized Method of Moments). Unit kajian melibatkan syarikat tersenarai Shariah di Malaysia dan pemilihan data dibuat melalui persampelan secara rawak. Hasil dalam kajian ini terbahagi kepada empat dapatan. Pertama, etika sangat diperlukan di dalam sesebuah syarikat dan keperluan ini diterjemahkan di dalam model etika perniagaan Islam. Kedua, etika dilihat sebagai aset tidak ketara syarikat yang sangat berharga kerana ia boleh memberikan kelebihan daya saing dan persaingan kompetitif. Ketiga, identiti etika perlu didedahkan kerana wujud perkaitan antara identiti etika dengan konsep akhlak, tauhid dan konsep kebahagiaan. Keempat, terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara identiti etika korporat dengan prestasi kewangan syarikat. Hasil kajian ini memberikan penemuan baru berikutan identiti etika korporat dijadikan sebagai pembolehubah eksplanatori. Sehubungan dengan itu, dapat disimpulkan lebih banyak syarikat mendedahkan identiti etika di dalam aktiviti kewangan semakin meningkat prestasi kewangan kewangan syarikat. Walaupun perbincangan isu identiti etika masih baru dalam perspektif Malaysia, kajian ini dapat menyumbangkan kepada kajian literatur mengenai kepentingan penerapan etika sebagai identiti korporat sesebuah syarikat. Oleh itu, perlaksanaan identiti etika korporat di dalam syarikat tersenarai Shariah di Malaysia perlu dipertimbangkan berikutan bukti empirikal yang signifikan diperolehi dan diharapkan etika tidak hanya dilihat sebagai filantropi semata-mata.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitut Islam Hadhari (HADHARI) / Institute of Islam Hadhari
dc.rightsUKM
dc.subjectCorporate governance -- Malaysia
dc.titleKeberkesanan pelaksanaan identiti etika korporat di syarikat tersenarai syariah di Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages210
dc.identifier.callnoHD2741.N637 2017 tesis
dc.identifier.barcode003551(2018)
Appears in Collections:Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_102167+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.37 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.