Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514542
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzlan Syah Zaidi, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorZelhuda Shamsuddin (P62735)
dc.date.accessioned2023-10-16T06:41:43Z-
dc.date.available2023-10-16T06:41:43Z-
dc.date.issued2016-09-09
dc.identifier.otherukmvital:102166
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514542-
dc.descriptionKajian ini dilakukan untuk mengkaji kesan penilaian pematuhan tadbir urus dan pengurusan kewangan terhadap prestasi kewangan koperasi di Malaysia. Kajian ini menyumbang kepada literatur sedia ada dengan mengambil kira penglibatan teori perkongsian semasa penubuhan koperasi yang memberi kesan terhadap struktur pemilikan dan seterusnya menjadi instrumen kepada konflik agensi di dalam koperasi. Kajian ini dimulakan dengan kemajuan gerakan koperasi di Malaysia, teori penubuhan koperasi, teori kontrak dan teori agensi sebagai teori asas bagi tadbir urus koperasi. Kajian ini mendapati bahawa dalam situasi sebenar, kontrak agensi masih tidak lengkap disebabkan oleh konflik agensi. Oleh itu, kajian ini menggabungkan pendekatan Tauhid sebagai prinsip asas dalam kontrak agensi Islam bagi mengatasi konflik agensi. Kajian lepas berkenaan tadbir urus yang diketengahkan dalam kajian ini menyatakan keberkesanan pelaksanaan tadbir urus akan membolehkan peningkatan prestasi kewangan. Walau bagaimanapun, terdapat juga kajian yang menyatakan tadbir urus tidak memberi sumbangan untuk meningkatkan prestasi kewangan firma. Namun begitu, isu ketidakselarasan ini masih belum dikaji secara empirikal pada koperasi. Oleh itu, kajian ini menganalisis kesan tadbir urus terhadap prestasi kewangan dengan mengambil kira 100 koperasi terbaik bagi tahun 2012-2014 menggunakan kaedah penganggaran data panel statik. Kajian ini mengetengahkan ciri-ciri spesifik koperasi dan pengukuran prestasi koperasi yang belum digunakan dalam kajian sebelum ini. Selain itu, kajian ini turut mengetengahkan prinsip tadbir urus yang dinyatakan di dalam Al-Quran. Hasil kajian menunjukkan bahawa tadbir urus memberi kesan signifikan yang positif terhadap pulangan atas ekuiti (ROE) dan pulangan atas modal diguna (ROCE) tetapi tidak memberi memberi kesan terhadap pulangan atas aset (ROA) sama seperti beberapa kajian lepas. Kajian ini juga mengkaji faktor penentu prestasi kewangan bagi 100 koperasi terbaik dalam tempoh tahun 2010-2014 dan analisis dibuat menggunakan kaedah penganggaran data panel dinamik, iaitu Generalized Methods of Moment (GMM). Hasil kajian menunjukkan bahawa koperasi menghadapi masalah kos agensi yang melibatkan pengurusan struktur modal dan kecairan yang tidak memberi peningkatan kepada prestasi. Manakala faktor pelaburan didapati memberi impak secara positif dan signifikan ke atas prestasi. Dapatan lain menunjukkan bahawa faktor dividen dan manfaat anggota mempunyai hubungan yang negatif tetapi signifikan dengan prestasi. Kajian ini juga membuktikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak memberi impak ke atas prestasi. Diharapkan dengan bukti empirikal pada koperasi ini, dapat memberi sumbangan yang lebih komprehensif tentang tadbir urus dan pengurusan kewangan, dan disertai dengan cadangan dan implikasi dasar yang berkaitan.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitut Islam Hadhari (HADHARI) / Institute of Islam Hadhari
dc.rightsUKM
dc.subjectKewangan
dc.subjectKoperasi
dc.subjectCooperative societies -- Malaysia
dc.titleTadbir urus dan pengurusan kewangan koperasi di Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages252
dc.identifier.callnoHD3542.6.A4Z435 2016 tesis
dc.identifier.barcode003550(2018)
Appears in Collections:Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_102166+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
720.02 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.