Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514539
Title: Istilah khusyuk dalam al-Quran dan hadith : satu kajian tematik
Authors: Mabruri Mohammad Sai (P70059)
Supervisor: Aminudin Basyir @ Ahmad, Prof. Dr.
Keywords: Arabic language -- Semantics
Qurʼan -- Language
style
Hadith -- Language
style
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 5-Nov-2021
Description: Khusyuk adalah salah satu sifat penting yang dijelaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah dengan pengertian yang sangat luas dan mendalam. Bagi orang yang beriman, khusyuk adalah salah satu sifat yang perlu ada pada dirinya kerana sifat ini dapat membawa kejayaan dan kecemerlangan dalam hidupnya. Namun demikian, pengertian khusyuk seringkali dilihat hanya mempunyai kaitan dengan aspek solat semata-mata. Pada hakikatnya khusyuk mempunyai pengertian yang sangat luas serta berkait dengan hampir keseluruhan hidup manusia. Justeru apakah pengertian khusyuk yang sebenarnya. Apakah maksud khusyuk menurut pengertian yang dijelaskan dari sudut bahasa Arab? Apakah pula pengertian khusyuk yang dikupas dan yang ditafsirkan di dalam al-Quran? Bagaimana pula pengertian khusyuk dan ruang lingkupnya menurut al-Hadith? Lantaran itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui dan meninjau dengan mendalam pengertian khusyuk dari kupasan dan huraian bahasa Arab. Kajian ini juga adalah untuk meneroka dan menganalisis penggunaan dan makna khusyuk yang terdapat dalam al-Quran. Selain itu, kajian ini juga turut meninjau dan menganalisis penggunaan serta pengertian khusyuk yang terdapat dalam hadith-hadith Rasulullah , khususnya menerusi kutub al-tiscah. Bagi mencapai objektif ini maka metod kajian kualitatif digunakan, iaitu analisis dokumen. Analisis dokumen dilakukan dengan menggunakan dua jenis dokumen, iaitu primer dan sekunder. Dokumen primer dirujuk pada mucjam dan kamus bahasa Arab yang pelbagai. Bagi memahami pengertian khusyuk dari sudut al-Quran pula, maka lapan kitab tafsir berbahasa Arab, baik klasik mahupun kontemporari akan dirujuk; manakala pengertian khusyuk dari sudut al-Hadith pula, maka sembilan kitab hadith muktabar atau kutub al-tiscah akan dirujuk. Sementara dokumen sekunder diperolehi daripada kitab-kitab yang mensyarahkan kutub al-tiscah, perisian-perisian takhrij hadith, tulisan para ulama hadith yang membincangkan tentang sanad dan matan, hukum dan darajat hadith serta laman sesawang yang berwibawa. Hasil kajian mendapati bahawa khusyuk yang berasal daripada akar kata kha-sha-ca dalam sembilan kamus bahasa Arab mempunyai 11 makna, iaitu khadaca, tadarraca, tawadaca, tadhallala, akhbata, istakana, rakaca, tatamana, rama bibasarih nahwa al-ard, khafada sawtah dan ta'ta'a ra'sahu aw sadrahu. Bahkan hampir semua sepakat menyamakannya dengan khuduc dan membezakannya pada hati. Dalam al-Quran didapati ia disebut sebanyak 17 kali dalam 16 surah yang berbeza dan mempunyai pengetian yang luas. Dapatan dari al-Hadith pula menunjukkan kalimah khusyuk ini disebut sebanyak 16 kali dalam 15 hadith yang berbeza dan mempunyai pengertian serta maksud yang sangat luas. Implikasi dari pengertian khusyuk menurut al-Quran dan al-hadith ini adalah sangat besar, khasnya dari sudut pemahaman kepada masyarakat. Dapatan ini dilihat dapat memberi sumbangan baru bagi memahami pengertian khusyuk yang sebenar.,Ph.D
Pages: 947
Call Number: PJ6184.M334 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129035+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
21.61 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_129035+SOURCE2+SOURCE2.0.PDF
  Restricted Access
21.61 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.