Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514535
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohamad Sabri Haron, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorTengku Maaidah Tengku A Razak (P75276)
dc.date.accessioned2023-10-16T06:41:40Z-
dc.date.available2023-10-16T06:41:40Z-
dc.date.issued2018-09-05
dc.identifier.otherukmvital:102152
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514535-
dc.descriptionKadar penurunan pemilikan ekuiti dan aset bumiputera menyebabkan kerajaan sering memberi tumpuan dalam melatih usahawan bumiputera untuk meningkatkan prestasi perniagaan. Kelemahan usahawan bumiputera dalam menguruskan perniagaan dan menguruskan kewangan peribadi dan syarikat merupakan agenda utama MARA untuk memberi pengetahuan dan kemahiran perniagaan. Program Pembangunan Usahawan Mikro MARA-PBT (PPUMMP) merupakan salah satu program pewujudan Latihan Pembangunan Usahawan, Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), Majlis Amanah Rakyat (MARA). PPUMMP adalah program yang membantu peniaga jalanan yang tidak mempunyai lesen perniagaan, sijil perniagaan (SSM) dan tidak mempunyai tempat perniagaan yang sah serta tidak pernah menghadiri kursus keusahawanan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh manakah tahap keberkesanan program latihan keusahawanan MARA, mampu mempengaruhi usahawan untuk mengamalkan ilmu yang dipelajari bagi meningkatkan prestasi perniagaan mereka. Satu kajian kes dijalankan di sekitar Selangor dengan mengunakan kaedah penyelidikan kualitatif dan di ikuti kuantitatif untuk mengetahui dan memahami dengan lebih terperinci berkenaan amalan peserta PPUMMP selepas menghadiri program. Pendekatan model CIPP (Konteks, Input, Proses, Produk) digunakan untuk menilai tahap keberkesanan program secara menyeluruh. Seramai 30 orang peserta Program PPUMMP yang memenuhi syarat kajian iaitu masih berniaga di tapak perniagaan dan mempunyai sijil perniagaan (SSM) serta mempunyai lesen perniagaan. Kajian ini menggunakan empat instrumen kajian iaitu dalam bentuk soal selidik, temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Tatacara analisis melibatkan statistik deskriptif menggunakan min, sisihan piawai dan peratusan. Dapatan kajian mendapati peserta mengamalkan ilmu yang dipelajari dan mendapati prestasi perniagaan mempunyai peningkatan dan keseluruhan responden menyatakan Program PUMMP dalam aspek matlamat, perancangan, pelaksanaan dan hasil program berada pada tahap yang tinggi. Hasil kajian mendapati penilaian konteks adalah membangunkan usahawan dengan menerapkan kaedah mengaplikasi amalan perniagaan, manakala penilaian input adalah tenaga pengajar mahir, bagi penilaian proses adalah pelaksanaan bimbingan, dan penilaian produk adalah pembesaran saiz kedai. Manakala dalam pembentukan kemahiran perniagaan, faktor yang mempengaruhi peserta memperoleh kemahiran dan ilmu perniagaan adalah tempoh latihan yang sesuai. Implikasi kajian dapat memberi maklumat kepada masyarakat, pelaksana program latihan keusahawanan, usahawan dan peranan ushawan muslim dalam mengenal pasti faktor yang menyumbang dalam peningkatan ekuiti dan aset bumiputera serta tiga aspek penting yang perlu ditekankan dalam memberi kesan kepada pengaplikasian amalan perniagaan peserta adalah matlamat yang jelas dan fokus, konsep perancangan yang sesuai dan sistem pelaksanaan yang efektif.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitut Islam Hadhari (HADHARI) / Institute of Islam Hadhari
dc.rightsUKM
dc.subjectBusiness -- Religious aspects -- Islam
dc.titleKeberkesanan Program Latihan Pembangunan Usahawan dalam konteks aplikasi amalan perniagaan peserta menurut perspektif Islam : satu kajian kes di Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), Majlis Amanah Rakyat (MARA) di negeri Selangor
dc.typeTheses
dc.format.pages245
dc.identifier.callnoHF5388.T436 2018 tesis
dc.identifier.barcode003536(2018)
Appears in Collections:Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_102152+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
13.95 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.