Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514533
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Khairul Anwar @ Johari Mastor, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Nor Afian Yusof (P57655) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T06:41:39Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T06:41:39Z | - |
dc.date.issued | 2019-07-01 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:118249 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514533 | - |
dc.description | Anime adalah animasi Jepun yang diminati remaja di seluruh dunia. Dengan pelbagai karektor hero, aksi dramatik, visual yang menarik serta jalan cerita yang tidak membosankan dan sukar diduga telah menjadi daya penarik bagi remaja untuk menonton anime. Namun disebalik hiburan yang dipamerkan dikhuatiri terselit unsurunsur yang boleh mempengaruhi akhlak individu muslim. Justeru kajian ini dibuat untuk meneliti pengaruh anime terhadap penyelewengan akhlak remaja Islam dan kesannya ke atas faktor penghayatan agama, sikap dari pendedahan anime dan pegangan nilai akhlak. Bentuk pendekatan kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk tinjauan dan kaedah mengumpul data secara soal selidik yang telah dibina dan diuji rintis. Kajian utama melibatkan seramai 472 orang remaja berusia 13 dan 16 tahun yang meminati dan menonton anime di lima buah sekolah sekitar negeri Selangor. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini adalah tinggi dan boleh diterima: penghayatan agama (α=0.932), sikap dari pengaruh anime (α=0.895), pegangan nilai akhlak (α=0.765) dan penyelewengan akhlak (α=0.865). Kajian ini dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif dan analisis inferensi termasuk ujian t, korelasi Pearson, regresi linear berganda, mediasi dan ujian Sobel. Ujian t menunjukkan kekerapan menonton anime responden lelaki lebih tinggi (skor min=1.69) berbanding responden perempuan (skor min=1.53) dan responden aliran sekolah menengah kebangsaan lebih kerap menonton anime (skor min=1.73) berbanding responden sekolah menengah agama (skor min=1.36). Faktor remaja meminati anime adalah kerana karekter watak (48.3%), visual yang cantik (37.5%) dan jalan cerita (14.2%). Berdasarkan dapatan kajian, analisis korelasi menunjukkan bahawa sikap positif dari pendedahan anime mempunyai hubungan positif dengan akhlak, begitu juga dengan sikap negatif dari pendedahan anime turut mempunyai hubungan negatif dengan akhlak. Sementara analisis regresi linear menunjukkan bahawa sikap negatif dari pendedahan anime dan akhlak mazmumah mempengaruhi penyelewengan akhlak remaja. Sebaliknya peningkatan ritual, muamalat, sikap positif, akhlak mahmudah dan akhlak dengan Allah secara langsung mengurangi penyelewengan akhlak dalam kalangan remaja. Analisis mediasi dan ujian Sobel pula mengesahkan sikap positif, sikap negatif, akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah adalah mediator separa yang signifikan bagi hubungan di antara penghayatan agama dan penyelewengan akhlak.Kajian ini menyimpulkan bahawa anime mempengaruhi akhlak remaja secara positif mahupun negatif. Unsur positif dari anime mengurangkan penyelewengan akhlak, manakala unsur negatif anime sebaliknya memberikan kesan buruk terhadap akhlak. Justeru remaja Islam seharusnya mampu memilih dan membezakan antara unsur positif dan unsur negatif sesuatu perkara itu dengan bertunjangkan kepada penghayatan agama dan pegangan akhlak yang jitu.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Institut Islam Hadhari (HADHARI) / Institute of Islam Hadhari | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Animated films -- Japan -- History and criticism | - |
dc.subject | Television programs -- Social aspects | - |
dc.subject | Video games -- Social aspects | - |
dc.subject | Cultural industries -- Social aspects | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pengaruh anime terhadap akhlak remaja Islam di Selangor: faktor penghayatan agama, sikap dari pendedahan anime dan pegangan nilai akhlak | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 256 | - |
dc.identifier.callno | NC1766.J3N647 2019 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 004580(2020) | - |
Appears in Collections: | Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_118249+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 29.74 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.