Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514529
Title: | Pengubahsuaian astrolab mengikut standard Malaysia dan analisis kejituannya dalam penentuan arah dan waktu (al-Miqat) |
Authors: | Mohd Hafiz Safiai (P72877) |
Supervisor: | Ibnor Azli Ibrahim, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Astrolabes -- Early works Astronomy Arab -- Early works to 1800 Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 19-Feb-2019 |
Description: | Kejituan dan kesesuaian penggunaan astrolab dalam aktiviti astrofiqh sering dianggap tidak tepat dan sudah ketinggalan zaman. Selari dengan kemajuan teknologi moden masa kini, astrolab dianggap sebagai satu daripada instrumen tradisional semakin dilupakan. Namun, ilmu astrolab yang unik ini dilihat berpotensi untuk diperkembang dan dihidupkan semula memandangkan instrumen tersebut mempunyai pelbagai fungsi melibatkan hal ehwal ibadah umat Islam seharian. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneliti perkembangan kemajuan penciptaan astrolab merentas tamadun. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengenal pasti pengubahsuaian astrolab mengikut standard Malaysia untuk menilai kejituan dan kesesuaian penggunaannya pada masa kini. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan memfokuskan kepada kajian analisis dokumen melalui teks-teks dan bahan-bahan yang ditemui. Selain itu, penulis turut menjalankan kajian lapangan seperti temu bual, pemerhatian dan analisis instrumen bagi mengukuhkan lagi dapatan kajian. Kaedah analisis perbandingan turut dijalankan bagi menguji kejituan dan kesesuaian penggunaan astrolab dalam aktiviti cerapan dan pengiraan di Malaysia. Hasil kajian mendapati astrolab terkenal semasa zaman ketamadunan Islam dan fungsinya sehingga ke hari ini masih lagi jitu dan disesuaikan kegunaannya untuk aktiviti cerapan dan pengiraan astronomi. Oleh itu, kajian ini diharap dapat memberi pendedahan kepada masyarakat Islam mengenai kepentingan astrolab dan fungsinya. Di samping itu, kajian ini juga diharap dapat dijadikan rujukan bagi penyelidikan akan datang, sekaligus membantu meningkatkan kemajuan fiqh-falak di Malaysia.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D. |
Pages: | 226 |
Call Number: | QB85.M634 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_118244+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 23.02 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.