Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514527
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSalmy Edawati Yaacob, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorSyahrul Anuar Ali (P82942)-
dc.date.accessioned2023-10-16T06:41:37Z-
dc.date.available2023-10-16T06:41:37Z-
dc.date.issued2018-12-18-
dc.identifier.otherukmvital:118242-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514527-
dc.descriptionPekebun Kecil Sawit Persendirian (PKSP) memerlukan pinjaman untuk meningkatkan produktiviti kelapa sawit, tetapi sangat sedikit yang mengambil mikro kredit. Dari sudut psikologi, kurangnya minat berhutang dalam kalangan PKSP berpunca daripada faktor niat yang lemah. Oleh itu, faktor-faktor utama yang mempengaruhi niat PKSP untuk mengambil mikro kredit penting untuk diketahui. Terdapat banyak kajian yang mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi niat meminjam daripada sektor perbankan Islam. Namun begitu, majoriti pengkaji mengaplikasikan teori barat seperti Teori Gelagat Terancang (TGT) dan tidak menggunakan teori yang diperkenalkan oleh sarjana Islam seperti Al-Ghazali. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji persamaan dan perbezaan konsep niat Al-Ghazali dengan TGT, serta mengintegrasikan kedua-duanya untuk memahami faktor yang mempengaruhi niat meminjam mikro kredit. Kajian ini turut menguji faktor yang mempengaruhi sikap seperti dinyatakan Al-Ghazali serta peranan sikap sebagai faktor perantaraan. Kajian ini menggunakan kaedah campuran kualitatif dan kuantitatif. Bagi pendekatan kualitatif, analisis kandungan digunakan untuk memahami persamaan dan perbezaan konsep niat Al-Ghazali dengan TGT. Bagi kajian kuantitatif pula, data kajian dikutip daripada PKSP di daerah Hilir Perak menggunakan pensampelan berkelompok. Daripada 427 soal selidik yang dikembalikan, hanya 362 soal selidik yang sesuai dianalisis menggunakan Model Persamaan Struktur (SEM). Dapatan kajian menunjukkan faktor yang mempengaruhi niat menurut Al-Ghazali ialah kemahuan (sikap), kemampuan (kawalan perilaku anggapan - KPA), dan nilai agama, manakala TGT pula menyatakan sikap, norma subjektif, dan KPA mempengaruhi niat. Apabila diintegrasikan kedua-dua teori berserta dua faktor tambahan lain, didapati niat PKSP untuk melanggan mikro kredit dipengaruhi oleh faktor sikap mereka sendiri, orang sekeliling, keyakinan diri, dan faktor risiko. Ini bererti faktor-faktor tersebut memberi kesan langsung mengapa majoriti PKSP tidak meminjam mikro kredit di sektor perbankan Islam. Seterusnya, faktor orang sekeliling, pengetahuan produk, nilai agama yang dipegang, dan faktor manfaat pula banyak membentuk sikap PKSP terhadap mikro kredit. Oleh itu, sikap positif terhadap mikro kredit boleh ditingkatkan apabila PKSP menerima galakan daripada orang sekeliling, menerima maklumat baru, mempunyai penghayatan agama yang tinggi, dan mempunyai persepsi positif tentang manfaat yang bakal diterima. Kajian ini turut mendapati sikap memainkan peranan penting kerana ia mempengaruhi niat PKSP secara langsung serta menjadi penghubung kepada (i) norma subjektif dengan niat; (ii) nilai agama dengan niat; dan (iii) manfaat tanggapan dengan niat. Implikasi kajian ini dapat meningkatkan pembangunan ekonomi PKSP melalui pinjaman mikro kredit. Pendekatan emosi juga boleh digunakan oleh pihak berkepentingan dengan mempengaruhi faktor-faktor pendorong supaya menggalakkan PKSP mengambil mikro kredit.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitut Islam Hadhari (HADHARI) / Institute of Islam Hadhari-
dc.rightsUKM-
dc.subjectCredit-
dc.subjectPoor-
dc.subjectCommercial loans-
dc.subjectCredit control-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleNiat dan faktor-faktor yang mempengaruhinya dalam melanggan mikro kredit dalam kalangan pekebun kecil sawit persendirian-
dc.typeTheses-
dc.format.pages263-
dc.identifier.callnoHG3751.S973 2019 tesis-
dc.identifier.barcode004573(2020)-
Appears in Collections:Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118242+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
21.6 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.