Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514526
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nooraini Othman, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Nazneen Ismail (P82943) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T06:41:36Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T06:41:36Z | - |
dc.date.issued | 2019-09-03 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:118241 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514526 | - |
dc.description | Budaya cinta ilmu penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu berperanan dengan baik kepada negara. Kemajuan teknologi pada hari ini memerlukan mahasiswa yang berperibadi cemerlang di samping menguasai ilmu pengetahuan. Namun, nilaian ilmu mahasiswa menjadi persoalan kepada masyarakat hari ini. Ini kerana mahasiswa sering dikaitkan dengan masalah keperibadian dan jati diri seperti gejala sosial, plagiarisme, hedonisme, kebergantungan dengan teknologi dan lemah dalam menganalisis. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap cinta ilmu dan keperibadian al-falah dalam kalangan mahasiswa, mengenal pasti indikator bagi kedua-dua pemboleh ubah dan hubungannya, seterusnya membina model cinta ilmu berasaskan keperibadian al-falah serta pengaruh latar belakang sebagai moderator terhadap hubungan kedua-dua konstruk. Kajian dijalankan secara kuantitatif menggunakan borang soal selidik yang diadaptasi daripada instrumen kajian Syaidatun et al. (2017) dan Nooraini (2008). Soal selidik ini mempunyai 60 item diedarkan kepada 415 orang mahasiswa daripada tujuh buah Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Sampel dipilih menggunakan teknik rawak berkelompok. Data telah dianalisis menggunakan kaedah deskripitif dan inferensi melibatkan ujian-t dan Model Persamaan Struktural (SEM). Hasil kajian menunjukkan tahap cinta ilmu dan keperibadian al-falah dalam kalangan mahasiswa adalah tinggi di samping terdapat hubungan yang signifikan antara kedua-dua pembolehubah ini. Setelah melalui Ujian Kesahan Faktor (CFA), hanya membaca dan motivasi intrinsik disahkan sebagai indikator cinta ilmu. Manakala ibadah, akidah, akhlak kepada keluarga dan masyarakat disahkan sebagai indikator keperibadian al-falah. Konstruk membaca dan motivasi intrinsik bagi cinta ilmu didapati menyumbang pada tahap sederhana terhadap keperibadian al-falah. Latar belakang mahasiswa didapati bukan moderator kepada hubungan antara membaca dan motivasi intrinsik dengan keperibadian al-falah. Menerusi kajian ini, satu model cinta ilmu telah dihasilkan dan merumuskan bahawa pembudayaan cinta ilmu dalam kalangan mahasiswa hanya terhad di peringkat individu berdasarkan dua indikator sahaja daripada konstruk cinta ilmu yang disahkan. Selain itu, mahasiswa juga didapati perlu kepada sokongan luaran khususnya universiti dalam memperkasakan keperibadian al-falah terutamanya dari aspek ibadah. Justeru, pihak universiti perlu memainkan peranan bagi menjana pembudayaan ilmu berasaskan keperibadian al-falah terhadap mahasiswa Muslim terutama dalam berhadapan dengan perkembangan teknologi hari ini.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Institut Islam Hadhari (HADHARI) / Institute of Islam Hadhari | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Knowledge | - |
dc.subject | Theory of | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pembinaan model cinta ilmu berasaskan konsep al-falah: analisis persamaan struktural | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 230 | - |
dc.identifier.callno | BD161.N339 2019 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 004572(2020) | - |
Appears in Collections: | Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_118241+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 19.64 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.