Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514524
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Abdul Ghafar Ismail, Professor Dr. | |
dc.contributor.author | Rose Abdullah (P63038) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T06:41:35Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T06:41:35Z | - |
dc.date.issued | 2014-06-12 | |
dc.identifier.other | ukmvital:79886 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514524 | - |
dc.description | Kajian ini mencadangkan model institusi kewangan mikro berasaskan wakaf tunai di Negara Brunei Darussalam. Objektif kajian adalah untuk menganalisa kepentingan dan sumbangan nilai perusahaan mikro dan kecil-kecilan (PMK) kepada ekonomi Negara Brunei Darussalam dan bagaimana perusahaan mikro boleh membantu mengurangkan masalah kemiskinan. Kajian ini juga meneliti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh institusi kewangan mikro dalam menyediakan kemudahan kewangan bagi perniagaan atau perusahaan mikro golongan berpendapatan rendah dan miskin yang terkeluar dari sistem kewangan tradisi. Potensi institusi ekonomi Islam iaitu wakaf sebagai sumber dana bagi institusi kewangan mikro Islam (IMFI) di Negara Brunei Darussalam akan diteliti. Kajian ini cuba mencadangkan model-model yang sesuai bagi kewangan mikro berasaskan wakaf tunai di Negara ini. Kajian bermula dengan paparan kemajuan ekonomi Brunei Darussalam dan impaknya kepada masalah kemiskinan. Pengangguran adalah salah satu punca kemiskinan dan PMK diakui sebagai salah satu cara untuk mengurangkan kemiskinan. Bagaimanapun, kesemua penyedia kemudahan kewangan mikro bergantung kepada geran dana dari kerajaan dan sumbangan derma dari syarikat-syarikat korporat. Dapatan menunjukkan bahawa IMFI perlu mendapatkan sumber dana alternatif yang berdaya tahan. Oleh yang demikian, penyelidikan ini menggabungkan penggunaan wakaf sebagai sumber dana bagi institusi kewangan mikro Islam dan menggunakan prinsip-prinsip kontrak berasaskan al-tauhid yang adil dan bebas dari unsur riba dan gharar yang diharamkan. Pendekatan eksplorasi dan pembahasan kritikal dalam analisa kandungan atau dokumen telah dibuat terhadap kajian lepas mengenai kepentingan peranan perusahaan mikro terhadap ekonomi Brunei Darussalam, peranan institusi kewangan mikro dalam mengatasi kemiskinan, pembangunan wakaf, dan kekangan-kekangan penggunaan wakaf tunai sebagai sumber kewangan bagi institusi kewangan mikro. Pandangan-pandangan beberapa wakil dari berbagai agensi telah diambil melalui perbincangan kumpulan fokus (focus group discussion) dan juga temuduga dengan pegawai-pegawai agensi yang menyediakan khidmat kewangan mikro. Perbincangan kumpulan fokus adalah bertujuan untuk mengenal pasti bentuk badan pengurusan wakaf yang sesuai dan model-model institusi kewangan mikro Islam berasaskan wakaf. Kaedah triangulasi data dan sumber juga digunakan untuk memastikan validasi. Hasil dapatan menunjukkan bahawa perlu ada pemisahan di antara pemegang peraturan dengan pengendali pengurusan wakaf tunai. Wakaf tunai hanya dibolehkan bagi wakaf khas sahaja. Objek wakaf mestilah dikekalkan. Oleh yang demikian, harta wakaf hendaklah dilaburkan dalam pelaburan yang mempunyai risiko rendah dan sederhana dan tidak boleh digunakan secara langsung bagi tujuan pinjaman mikro. Kajian ini mengenengahkan pendekatan baru dalam pengurusan wakaf tunai dan sumber baru bagi kewangan mikro di Brunei Darussalam. Majlis Ugama Islam Brunei yang diberi kuasa tunggal, boleh memberi kuasa kepada badan amanah lain untuk mengurus dan melabur wakaf tunai. Hanya pendapatan dari pelaburan wakaf tunai yang boleh dimanafaatkan bagi tujuan kewangan mikro.,PhD | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Institut Islam Hadhari (HADHARI) / Institute of Islam Hadhari | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Institusi kewangan mikro islam | |
dc.subject | Wakaf di Brunei Darussalam | |
dc.subject | Microfinance | |
dc.title | Model institusi kewangan mikro islam berasaskan wakaf di Brunei Darussalam | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 246 | |
dc.identifier.callno | HG178.33.B7R645 2014 tesis | |
dc.identifier.barcode | 001050 | |
Appears in Collections: | Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_79886+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.44 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.