Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514512
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Latif bin Hj. Samian, Prof. Dr.
dc.contributor.authorHalimi binti Mohd Khalid
dc.date.accessioned2023-10-16T06:41:30Z-
dc.date.available2023-10-16T06:41:30Z-
dc.date.issued2011-07-07
dc.identifier.otherukmvital:74326
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514512-
dc.descriptionBidang ilmu kejuruteran yang merupakan gabungan antara sains dan teknologi adalah merupakan salah satu daripada cabang ilmu pengetahuan yang banyak memberikan impak dalam kehidupan seharian manusia. Inovasi yang dihasilkan oleh para pengamal ilmu ini yang dikenali sebagai jurutera telah berjaya menyumbang kepada pelbagai bentuk perubahan dan pembaharuan kepada aktiviti kehidupan manusia di seluruh dunia. Walau bagaimanapun dalam keghairahan manusia mengejar perubahan dan kemajuan ini, manusia dilihat sebagai semakin lalai terhadap hakikat falsafah ilmu kejuruteraan ini yang mana telah mengakibatkan pelbagai kesan buruk yang kian kompleks dan akhirnya telah memudharatkan kehidupan manusia itu sendiri. Isu-isu yang timbul hasil daripada kemajuan dalam bidang kejuruteraan genetik seperti pengklonan, kecanggihan yang dihasilkan dalam bidang kejuruteraan ketenteraan yang dilihat semakin mengancam keharmonian kehidupan manusia sejagat, dan inovasi dalam bidang kejuruteraan teknologi maklumat yang seringkali disalah gunakan adalah antara fenomena yang mendatangkan kesan yang buruk kepada kehidupan masyarakat. Oleh kerana itu kajian ini dilakukan khusus untuk mengenal pasti falsafah ilmu kejuruteraan menurut mandala Islam dan barat sebelum membuat perbandingan antara kedua-duanya. Kajian ini juga bertujuan untuk merealisasikan idea pengintegrasian ilmu yang berbentuk umum kepada satu bentuk baru yang lebih khusus iaitu dengan menjurus secara spesifik kepada falsafah ilmu kejuruteraan. Seterusnya kajian ini turut meninjau falsafah ilmu kejuruteraan sebagaimana yang diperjuangkan oleh barat. Kefahaman tentang falsafah ilmu kejuruteraan barat ini telah dan akan memberikan gambaran secara langsung tentang gelagat aktiviti ilmu kejuruteraan masa kini. Menerusi kedua-dua tinjauan ini perbandingan telah dibuat antara kedua-duanya bagi mengenal pasti apakah ciri-ciri persamaan dan perbezaan yang wujud antara kedua-dua idea falsafah ini. . Seterusnya kajian ini juga telah berusaha untuk menganalisis keduadua idea falsafah dan kemudian mencadangkan falsafah ilmu kejuruteraan yang bersifat holisitik yang mencapai kepada makna dan hakikat sebenar ilmu kejuruteraan.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitut Islam Hadhari (HADHARI) / Institute of Islam Hadhari
dc.rightsUKM
dc.subjectFalsafah
dc.subjectIlmu kejuruteraan
dc.subjectMandala Islam
dc.subjectBarat
dc.subjectIslam and science
dc.titleKajian perbandingan falsafah ilmu kejuruteraan menurut Mandala Islam dan Barat
dc.typeTheses
dc.format.pages466
dc.identifier.callnoBP190.5 .S3.H358 2011
dc.identifier.barcode000431
Appears in Collections:Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74326+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.61 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.