Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513719
Title: Hubungan faktor individu, organisasi dan sosial dengan tingkah laku kerja inovatif : peranan faktor individu sebagai pengantara
Authors: Mohamad Nizam Asmuni (ZP01363)
Supervisor: Rosmah Mat Isa, Prof. Madya Dr.
Keywords: Organizational change
Creative ability in business
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 8-Jul-2021
Description: Mutakhir ini semakin banyak kajian yang telah dijalankan tentang inovasi dan tingkah laku yang mendorong ke arah kejayaan sesebuah organisasi. Bagaimanapun, peranan faktor yang mendorong tingkah laku ini selalunya dikaji secara berasingan menyebabkan pemahaman terhadap konsep tingkah laku kerja inovatif masih belum jelas. Bagi mengisi jurang ini, kajian ini mencadangkan satu kerangka konseptual bersepadu yang merangkumi faktor individu, organisasi, dan sosial. Berdasarkan Teori Berasaskan Sumber, Teori Berasaskan Pengetahuan Firma, dan Teori Keterlibatan Media Sosial, kajian ini membuat hipotesis bahawa orientasi keusahawanan individu sebagai pengantara hubungan modal sosial dan media sosial dengan tingkah laku kerja inovatif. Kajian ini juga menekankan kepentingan perkongsian maklumat sebagai faktor individu untuk meningkatkan tingkahlaku kerja inovatif bahkan ia mengantara hubungan antara orientasi keusahawanan individu, modal sosial, dan media sosial dengan tingkahlaku kerja innovatif. Data soal selidik daripada 217 ahli lembaga koperasi di 54 buah Maktab Rendah Sains MARA di seluruh Malaysia. Data dianalisis menggunakan Model Persamaan Berstruktur Partial Least Squares (PLS-SEM). Hasil kajian menunjukkan tingkah laku perkongsian maklumat sebagai pengantara hubungan media sosial dan modal sosial dengan tingkah laku inovatif adalah signifikan. Faktor orientasi keusahawanan individu juga menunjukkan kesan sebagai pengantara kepada hubungan media sosial dan modal sosial dengan tingkah laku kerja inovatif. Kajian ini secara teorinya menyumbang kepada Teori Berasaskan Sumber dengan mendokong kepentingan modal sosial dan orientasi keusahawanan individu sebagai faktor individu dalam meningkatkan tingkah laku kerja inovatif. Kajian ini juga menyumbang kepada Teori Keterlibatan Media Sosial dari segi peranan media sosial sebagai platform bagi ahli koperasi untuk menjalinkan hubungan sosial dan keterlibatan dalam media sosial mampu mempengaruhi tingkah laku pengguna seperti berkongsi pengetahuan yang akhirnya akan memberi kesan positif terhadap tingkah laku kerja inovatif. Kajian ini turut menyumbang kepada Teori Berasaskan Pengetahuan Firma dengan menekankan kepentingan tingkah laku perkongsian pengetahuan sebagai pengantara dalam mempengaruhi tingkah laku inovasi pekerja. Secara praktikalnya, kajian ini memberikan maklumat kepada majikan dan pengamal sumber manusia tentang peranan modal sosial dan media sosial dalam mempengaruhi tingkah laku individu. Majikan haruslah menghargai tingkah laku perkongsian pengetahuan dan orientasi keusahawanan individu kerana kedua-dua faktor ini amat penting dalam inovasi. Penekanan juga harus diberikan kepada hubungan sosial antara ahli koperasi dan menyediakan platform untuk pekerja berkolaborasi dan berkongsi maklumat dalam usaha untuk meningkatkan tahap tingkah laku kerja inovatif mereka,Ph.D
Pages: 233
Call Number: HD58.8.M634 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Graduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_127738+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
609.47 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.