Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513666
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMaisarah Ahmad, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNorkhazzaina Salahuddin (ZP01049)-
dc.date.accessioned2023-10-16T04:49:38Z-
dc.date.available2023-10-16T04:49:38Z-
dc.date.issued2016-04-01-
dc.identifier.otherukmvital:97142-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513666-
dc.descriptionIndustri pengeluaran makanan global kini semakin bergantung pada inovasi bioteknologi (iaitu kejuruteraan genetik- GE) khususnya dalam menyelesaikan masalah risiko kekurangan bekalan makanan global berikutan pertambahan populasi penduduk dunia. Inovasi GE yang dibangunkan oleh para saintis dan ahli industri telah memberi manfaat kepada pengguna dengan menawarkan makanan diubahsuai genetik (GMF) sebagai produk makanan yang lebih produktif dari aspek kos pengeluaran, penggunaan tanah pertanian, harga jualan, dan kandungan nutrien. Walau bagaimanapun, GMF adalah merupakan inovasi GE yang sering mengundang polemik perdebatan dalam kalangan pemegang taruh berikutan ketidaktentuan risiko jangka panjang khususnya kepada keselamatan dan kesihatan pengguna. Sintesis literatur menunjukkan fenomena sikap terhadap GMF masih kurang diselidiki dari perspektif pasaran yang majoriti penggunanya adalah Muslim seperti Malaysia. Jurang kajian empirikal berkaitan sikap terhadap GMF dari perspektif pengguna Muslim khususnya di Malaysia boleh mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan Pelan Bioteknologi Nasional 2005 (PBN). Hal ini kerana, PBN semakin menghampiri fasa ketiga (2016 hingga 2020) di mana penumpuan adalah kepada usaha mempromosikan GMF dalam kalangan pemegang taruh. Kajian ini telah mengintegrasikan tiga (3) teori sosial kognisi iaitu i) Teori Tindakan Beralasan (TRA), ii) Teori Kognitif-Eksperiensial Kendiri (CEST) dan iii) Model Penghuraian Kebarangkalian (ELM) bagi mengkaji sikap terhadap GMF dalam kalangan pengguna Muslim. Integrasi ketiga-tiga teori melibatkan sikap terhadap GMF sebagai pemboleh ubah utama (focal variable) yang dipengaruhi oleh dua (2) pemboleh ubah iaitu i) orientasi nilai dan ii) gaya pemikiran. Kajian ini turut menguji hubungan di antara sikap terhadap GMF dan niat pembelian GMF. Sementara itu, dua (2) pemboleh ubah iaitu i) komitmen agama dan ii) penglibatan pengguna telah diuji sebagai pemboleh ubah penyederhanaan di antara hubungan sikap terhadap GMF dan niat pembelian GMF. Rasional pengintegrasian ketiga-tiga teori adalah berdasarkan jurang kajian semasa yang menunjukkan majoriti penyelidik menggunakan pendekatan teori tunggal (iaitu teori sikap) untuk mengkaji fenomena sikap terhadap GMF dalam kalangan pengguna. Data telah dikumpul melalui kaedah soal selidik dan dianalisis menggunakan teknik analisis kuasa dua terkecil separa-permodelan persamaan struktur (PLS-SEM) untuk mengkaji dua (2) persoalan kajian dan sembilan (9) hipotesis kajian. Sejumlah 465 orang pengguna Muslim berusia 18 tahun dan ke atas dengan kelulusan akademik minimum pasca menengah serta bermastautin di wilayah tengah semenanjung Malaysia telah menyertai kajian ini. Teknik pensampelan bertujuan telah digunakan dalam memilih responden kajian. Dapatan menunjukkan sikap pengguna Muslim terhadap GMF mempengaruhi niat pembelian GMF. Namun demikian, penglibatan pengguna adalah tidak signifikan sebagai pemboleh ubah penyederhanaan di antara hubungan sikap terhadap GMF dan niat pembelian GMF. Sementara itu, hanya satu daripada tiga komponen komitmen agama (iaitu instrinsik keagamaan) mempunyai kesan penyederhanaan kepada hubungan di antara sikap terhadap GMF dan niat pembelian GMF. Tuntasnya, kajian ini mendapati pengguna Muslim bersikap ambivalen terhadap GMF dan pengintegrasian tiga (3) teori sosial kognisi berjaya memperkayakan pemahaman berkaitan proses pembentukan sikap terhadap GMF dengan lebih holistik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationGraduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMakanan diubahsuai genetik-
dc.subjectPengguna-
dc.subjectMuslim-
dc.subjectAgama-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titleSikap dan niat pembelian makanan diubahsuai genetik (genetically modified food – GMF) oleh pengguna Muslim: komitmen agama dan penglibatan pengguna sebagai pemboleh ubah penyederhanaan-
dc.typeTheses-
dc.format.pages289-
dc.identifier.barcode002896(2017)-
Appears in Collections:Graduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97142+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
402.1 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.