Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513641
Title: | Social intention model : the effect of self and social facets on students' social intention |
Authors: | Lim Chui Seong (P40362) |
Supervisor: | Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan |
Keywords: | Social intention model Social entrepreneurship - Malaysia |
Issue Date: | 5-Mar-2015 |
Description: | Aktiviti keusahawanan sosial adalah penting kerana ia menyumbang kepada kebolehterusan entiti sosial. Sebagai tambahan kepada sumbangan sosial, aktiviti keusahawanan sosial memberi nilai kepada para pelanggan dan masyarakat umum. Kajian ini bertujuan untuk mengintegrasi Teori Kesepadanan Diri (Self-Congruity Theory) dan Teori Tingkahlaku Terancang (Theory of Planned Behaviour) untuk membentuk Model Niat Sosial (Social Intention Model). Model Niat Sosial meramal bahawa niat seseorang untuk menyertai aktiviti sosial dapat diterangkan oleh faktor diri dan faktor sosial. Faktor diri terdiri daripada kesepadanan-diri sebenar, kesepadanan-diri ideal dan keberkesanan diri. Faktor sosial terdiri daripada kesepadanan-diri sosial, kesepadanan-diri ideal sosial dan norma sosial subjektif. Objektif kajian ini adalah untuk menguji pengaruh faktor diri dan faktor sosial terhadap niat menjadi sukarelawan dan kemudian hubungan antara niat menjadi sukarelawan dengan niat pembelian dalam konteks aktiviti keusahawanan sosial. Di samping itu, kajian ini juga mengkaji peranan faktor kesedaran terhadap aktiviti keusahawanan sosial dalam hubungan antara kesepadanan-diri sebenar dan niat menjadi sukarelawan. Satu kajian survei telah dijalankan berdasarkan soal-selidik berstruktur. Data dikumpul dari 544 mahasiswa di lima universiti tempatan. Dalam aktiviti keusahawanan sosial, pelajar universiti mewakili populasi sasaran yang penting kerana mereka menyertai aktiviti sebagai sukarelawan dan mereka merupakan pengguna yang bakal mempunyai kuasa membeli yang berpotensi samada sekarang atau masa depan. 'Partial Least Squares' dalam 'Structural Equation Modelling' (PLS-SEM) digunakan untuk menguji model penyelidikan. Penemuan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua faktor diri (kesepadanan-diri sebenar dan keberkesanan diri) dan faktor sosial (kesepadanan-diri ideal sosial dan norma sosial subjektif) dapat meramal niat responden menjadi sukarelawan dalam aktiviti keusahawanan sosial. Selanjutnya, lebih tinggi niat menjadi sukarelawan, lebih tinggi niat pembelian produk yang dijual di acara keusahawanan sosial. Hasil kajian memperkayakan literatur semasa dengan mengintegrasi dan menyusun semula komponen Teori Kesepadanan Diri dan Teori Tingkahlaku Terancang untuk membentuk Model Niat Sosial yang merupakan model alternatif dalam menjelaskan niat penyertaan aktiviti sosial. Dari segi praktikal, kajian ini menyediakan maklumat berguna bagi institusi sosial dan pendidikan dalam merancang aktiviti keusahawanan sosial yang akan menarik penyertaan para mahasiswa.,Social entrepreneurial activities are important because they contribute to the survival of social entities. In addition to social donations, social entrepreneurial activities also provide value for customers and communities at large. This study seeks to integrate the Self-Congruity Theory (SCT) and Theory of Planned Behaviour (TPB) into a new Social Intention Model (SIM), which hypothesizes that social intention, can be explained by two elements: the self facet and social facet. The self facet in turn consists of actual self-congruity, ideal Self-congruity and self-efficacy, while the social facet comprises social self-congruity, ideal social self-congruity and the subjective norm. The research objectives of this study are to examine the effect of the self- and social facets on volunteering intentions, and beyond that the relationship between volunteering intentions and purchase intentions, both in the context of social entrepreneurial activities. In addition, this study also examines the moderating role of awareness on the relationship between actual self-congruity and volunteering intention. To achieve this, a cross-sectional survey was conducted based on a structured questionnaire, used to collect data from 544 undergraduates at five local universities. In social entrepreneurial activities, university students represent vital target populations as a source of volunteers and as consumers with considerable current and future buying power. The Partial Least Squares in Structural Equation Modelling (PLS-SEM) was used to test the research model. The research findings revealed that both the self facet (actual self-congruity and self-efficacy) and social facet (ideal social self-congruity and subjective norm) significantly predict respondents' volunteering intentions for social entrepreneurial activities. They also showed that higher volunteering intentions tended to lead to higher intentions to purchase products sold at social entrepreneurial events. These findings enrich the current literature by integrating and restructuring components of the Self-Congruity Theory and Theory of Planned Behaviour to form a Social Intention Model (SIM) that provides an alternative means of testing and explaining social intentions. In practical terms, this research provides useful information for social and educational institutions seeking to design social entrepreneurial activities that will attract participation from undergraduates.,PhD |
Pages: | 163 |
Call Number: | HD60.L556 2015 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Graduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_80326+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 38.79 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.