Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513624
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorPusat Pengajian Siswazah Perniagaan
dc.contributor.authorNor Diana Mohd Idris (P31561)
dc.date.accessioned2023-10-16T04:49:28Z-
dc.date.available2023-10-16T04:49:28Z-
dc.date.issued2011-05-16
dc.identifier.otherukmvital:74885
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513624-
dc.descriptionDi Malaysia, sektor pertanian merupakan sektor keempat terpenting selepas sektor perkhidmatan, perindustrian dan perlombongan dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara. Sektor ini juga sering dikaitkan dengan masalah kemiskinan terutama masyarakat luar bandar yang bergantung kepada hasil pertanian demi kelangsungan hidup. Bagi mengimbangi penggunaan sumber semulajadi dan pertumbuhan ekonomi yang berpanjangan, pembangunan pertanian lestari sering mendapat perhatian dalam agenda perancangan negara. Oleh yang demikian, dalam Rancangan Malaysia Ke-3, salah satu program pembangunan luar bandar di kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan telah diperkenalkan melalui penubuhan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (PPPB) atau Integrated Agriculture Development Project (IADP). Matlamat projek adalah untuk meningkatkan pendapatan petani disamping meningkatkan pengeluaran dengan penggunaan sumber yang optimum selaras dengan Dasar Pertanian Negara 3. Ia juga bertanggungjawab untuk membantu petani dari segi penyediaan tanah untuk tanaman serta menyalurkan bantuan input pertanian, khidmat sokongan dan latihan bagi kelancaran projek. Oleh itu kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti status dan profil petani, meninjau tahap dan penentu-penentu kecekapan teknikal di kalangan pengeluar-pengeluar pertanian serta mengenalpasti faktor-faktor penentu pendapatan dan kemiskinan di kalangan petani. Kajian turut mengenalpasti persepsi petani terhadap IAPD dari aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar. Untuk tujuan ini, seramai 220 orang petani di kawasan IADP Samarahan dijadikan responden utama yang terdiri daripada 124 petani yang mengusahakan tanaman nenas dan 96 petani yang mengusahakan tanaman singkat masa. Hasil kajian mendapati bahawa pada keseluruhannya projek telah berjaya mengurangkan masalah kemiskinan petani kepada 19.5 peratus berbanding 77 peratus sebelum perlaksanaan projek. Kajian mendapati bahawa 80 peratus petani beroperasi di bawah tahap kecekapan 0.5 dan model Tobit menunjukkan faktor buruh keluarga, pengalaman dan keahlian persatuan adalah penting bagi menentukan tahap kecekapan petani. Hasil analisis OLS pula menunjukkan bahawa faktor keluasan tanaman, tahap pendidikan, penyertaan persatuan, teknologi, jenis tanaman dan pendapatan sampingan menyumbang kepada peningkatan pendapatan petani dan mengurangkan masalah kemiskinan di kalangan pengeluar pertanian. Manakala hasil analisis logistik pula menunjukkan bahawa kecekapan teknikal yang rendah, kekurangan pendapatan sampingan dan keluasan tanaman merupakan faktor pendorong kepada kemiskinan di kalangan petani. Hasil kajian menunjukkan kebarangkalian yang tinggi bagi petani untuk menjadi miskin adalah mereka yang bergantung kepada sumber semulajadi air. Kesimpulannya, melalui analisis pengesahan faktor menunjukkan bahawa IADP berjaya memberi impak yang positif dari segi sosial, ekonomi dan alam sekitar dalam mencapai kelestarian hidup di kalangan komuniti petani di kawasan luar bandar. Oleh yang demikian, bagi menjamin kelestarian penghidupan petani di IADP Samarahan, Sarawak cadangan pembukaan kawasan baru tanaman, penubuhan industri asas tani dan pengairan yang sistematik serta ketersediaan buruh untuk pengeluaran yang lebih cekap dan berkesan amat diperlukan.,PhD
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationGraduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan
dc.rightsUKM
dc.subjectImpak projek pembangunan pertanian
dc.subjectIADP
dc.subjectSamarahan
dc.subjectSarawak
dc.subjectAnalisis sosioekonomi dan alam sekitar
dc.subjectAgricultural development projects--Malaysia--Management
dc.titleKajian impak projek pembangunan pertanian bersepadu (IADP) Samarahan, Sarawak: analisis sosioekonomi dan alam sekitar
dc.typeTheses
dc.format.pages325
dc.identifier.callnoHD2080.6 .N637 2011
dc.identifier.barcode000391
Appears in Collections:Graduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74885+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
5.56 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.