Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513466
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Juhana Salim, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Maslinda binti Mohd Nadzir (P41002) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T04:36:59Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T04:36:59Z | - |
dc.date.issued | 2011-11-01 | |
dc.identifier.other | ukmvital:74349 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513466 | - |
dc.description | Maklumat diperlukan oleh pelajar bagi memenuhi jurang pengetahuan yang wujud ketika proses melaksanakan penyelidikan. Kajian lepas berkaitan dengan tingkah laku pencarian maklumat menunjukkan terdapat pelajar yang kurang pendedahan mengenai pencarian maklumat dan bermasalah untuk mendapat maklumat yang memenuhi keperluan maklumat mereka. Kesedaran pelajar mengenai tingkah laku pencarian maklumat adalah penting untuk membantu pelajar memperoleh maklumat yang dikehendaki dengan lebih berkesan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tingkah laku pencarian maklumat di kalangan pelajar siswazah yang melaksanakan penyelidikan. Model Tingkah Laku Pencarian Maklumat Penyelidikan (TLPMP) dibangunkan bagi menjelaskan tingkah laku pencarian maklumat siswazah yang menekankan pada pencarian maklumat penyelidikan. Model TLPMP mencakupi faktor individu yang merangkumi gaya pembelajaran siswazah serta kemahiran maklumat dan faktor tingkah laku pencarian maklumat yang merangkumi keperluan maklumat, sumber maklumat, pencarian maklumat dan penggunaan maklumat. Kajian ini mempraktikkan reka bentuk kajian tinjauan menggunakan kaedah triangulasi yang meliputi soal selidik, temu bual dan teknik pemerhatian bagi mengumpul data kajian. Seramai 193 responden memberi maklum balas terhadap soal selidik tinjauan manakala 14 responden ditemu bual untuk mendapat maklumat tambahan mengenai tingkah laku pencarian maklumat di kalangan pelajar yang melaksanakan penyelidikan. Hasil dapatan kajian menunjukkan: a) maklumat yang dianggap paling penting oleh responden ialah maklumat berkaitan kajian lepas dalam bidang yang dikaji, b) Pangkalan Data dalam Talian merupakan sumber maklumat yang paling selalu digunakan, c) majoriti responden mencari maklumat dengan melayari Web, dan d) sebilangan besar responden menggunakan maklumat yang diperoleh daripada carian dengan cara menilai maklumat tersebut. Penemuan kajian ini menggambarkan pola tingkah laku pencarian maklumat di kalangan pelajar yang melaksanakan penyelidikan. Model TLPMP disahkan melalui analisis Structural Equation Modeling. Hasil penilaian model fit menunjukkan semua nilai pengukuran fit yang berkaitan mempunyai nilai yang melebihi nilai disyorkan oleh penyelidik lepas. Justeru itu, Model TLPMP disahkan sebagai model fit dan signifikan. Kajian ini mendapati faktor individu yang terdiri dari faktor kemahiran maklumat dan gaya pembelajaran mempengaruhi tingkah laku pencarian maklumat siswazah. Rangka panduan berstruktur yang merangkumi pembangunan kandungan dan tatacara yang perlu untuk menyediakan program kemahiran maklumat dibina dalam kajian ini berdasarkan model tersebut. Rangka panduan berstruktur tersebut menggariskan panduan yang perlu bagi melaksanakan program kemahiran maklumat siswazah yang mengaitkan komponen kemahiran maklumat dengan proses penyelidikan yang menepati keperluan penyelidikan siswazah.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Tingkah laku | |
dc.subject | Pencarian maklumat | |
dc.subject | Pelajar | |
dc.subject | Penyelidikan | |
dc.subject | Information behavior | |
dc.title | Tingkah laku pencarian maklumat di kalangan pelajar yang melaksanakan penyelidikan | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 269 | |
dc.identifier.callno | ZA3075.M345 2011 3 | |
dc.identifier.barcode | 000414 | |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74349+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.7 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.