Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513457
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhairuddin Omar, Prof. Dr.
dc.contributor.authorMohd. Sanusi Azmi (P56225)
dc.date.accessioned2023-10-16T04:36:54Z-
dc.date.available2023-10-16T04:36:54Z-
dc.date.issued2013-12-20
dc.identifier.otherukmvital:71657
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513457-
dc.descriptionKajian paleografi memberikan tumpuan kepada ciri fizikal tulisan seperti jenis huruf, khat dan illuminasi bagi menentukan asal-usul manuskrip.Penentuan ciri fizikal seperti jenis khat menggunakan Pengecaman Huruf Optik (PHO) dinamakan sebagai Paleografi Jawi Digital (PJD).Dalam paleografi digital penggunaan huruf tunggal adalah penting.Namun, kajian PHO masih menggunakan fitur yang mengabaikan sudut huruf tunggal yang penting dalam pengecaman jenis khat. Selain itu, kajian paleografi masih terkekang dengan penggunaan set data tempatan. Tujuan kajian ini adalah untuk mencadangkan PJD berdasarkan penentuan jenis khat. Bagi mencapai tujuan tersebut serta menyelesaikan permasalahan set data dan fitur di atas, kajian ini mencadangkan empat objektif iaitu i. Mencipta kerangka kerja PJD dan set data khat Arab berbentuk tunggal, ii. Mencadangkan fitur dari kombinasi geometri segitiga dan pengezonan yang peka sudut, iii.Mencadangkan fitur vektor lanjutan dari (ii) dan yang terakhirnya iv. Mencadangkan huruf tunggal Arab pembeza bagi PJD.Kajian dilaksanakan dengan memilih set data digit Arab/Farsi kerana tiada set data berbentuk tunggal dalam PJD. Set data digit Arabyang dipilih adalah HODA dan IFHCDB dengan setiap satunya mempunyai sepuluh kelas. Experimen ini dapat menentu sahkan algoritma cadangan. Kemudian, satu set data sebanyak 69,400 imej huruf khat Arab dibina dari tulisan tangan sepuluh pakar khat. Fitur cadangan adalah hasil dari kombinasi geometri segitiga tak sama kaki dan pengezonan dari Satah Cartisan. Fitur dijana dari imej binari yang dibahagi kepada 4 zon.Seterusnya pengezonan dilanjutkan kepada Pengezonan Mendatar, Menegak, 25-zon, Berasaskan Sudut 45 darjah dan 33-zon.Setiap uji kaji menggunakan taburan asal, 10-bentangan dan 10 kocokan menggunakan Pembelajaran Mesin Terselia (PMT) dan Pembelajaran Mesin Tidak Terselia (PMTT).PMT yang digunakan adalah Pembelajaran Mesin Sokongan Vektor (PMSV) dan Perseptron Multi-Aras (PMA).PMTT pula adalah Jarak Terdekat Euclidan berserta Min Purata Ketepatan (MPK).Keputusan uji kaji tertinggi menggunakan PMT iaitu PMA untuk pengezonan 33-zon iaitu 99.695 peratus. Uji kaji juga dilaksanakan pada set data baharu khat Arab dengan keputusan melebihi 90 peratus ketepatan. Algoritma cadangan mampu memberikan keputusan yang lebih baik dari penyelidik lain dan mencadangkan enam huruf khat utama pembeza bagi tujuan PJD. Kesimpulannya, algoritma cadangan ini boleh digunakan dalam pengecaman digit mahupun pengecaman jenis khat yang berguna pada PJD.,PHD
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
dc.rightsUKM
dc.subjectOptical character recognition
dc.subjectPaleography
dc.titleFitur baharu dari kombinasi geometri segitiga dan pengezonan untuk paleografi Jawi digital
dc.typeTheses
dc.format.pages238
dc.identifier.callnoTA1640.M837 2013
dc.identifier.barcode000859
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_71657+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
5.41 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.