Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513369
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Abdullah Mohd Zin, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Rodziah Latih (P47881) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T04:35:56Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T04:35:56Z | - |
dc.date.issued | 2019-03-20 | |
dc.identifier.other | ukmvital:120612 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513369 | - |
dc.description | Mashap web merupakan aplikasi web yang menggabungkan kandungan dari pelbagai sumber menjadi satu aplikasi yang baru. Meta-aplikasi ini menggunakan data dari aplikasi yang berlainan sebagai sumber data untuk menghasilkan maklumat yang lebih bermakna untuk kegunaan perseorangan mahupun profesional. Ketersediaan Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) yang berasaskan web dan juga perkembangan secara meluas suapan data XML memudahkan pendekatan ini digunakan dalam pembangunan aplikasi mashap. Pembangunan aplikasi mashap memerlukan pemahaman struktur data sumber yang diperolehi dan juga pengetahuan cara untuk menggunakan API yang disediakan. Ini menyebabkan pembangunan aplikasi mashap hanya dikenali dalam kalangan juru aturcara professional kerana ia memerlukan kemahiran pengaturcaraan. Bagi membolehkan pembangunan aplikasi mashap dilakukan secara lebih meluas, satu persekitaran pembangunan bagi membantu pengguna akhir perlu disediakan dan ianya perlu disokong dengan pendekatan pengaturcaraan pengguna akhir (EUP). Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengkaji pendekatan pengaturcaraan pengguna akhir yang sesuai bagi membina mashap. Objektif khusus kajian ini pula adalah; pertama, mengenalpasti isu dan masalah penggunaan perisian pembina mashap sebagai panduan untuk membangunkan kerangka sistem pembangun mashap yang baru; kedua, membangunkan perisian pembina mashap berasas kerangka yang dibangunkan; dan ketiga, menguji kebolehgunaan perisian pembina mashap yang baru sebagai satu pendekatan pengaturcaraan pengguna akhir. Objektif pertama dicapai menerusi kajian yang dilakukan dengan kaedah triangulasi iteratif. Objektif kedua melibatkan pembangunan perisian pembangun mashap berasaskan kerangka yang telah dibangunkan. Akhirnya, perisian tersebut dinilai melalui dua proses penilaian iaitu penilaian kebolehgunaan dan pengujian perbandingan. Dalam penilaian kebolehgunaan, beberapa pengguna akhir akan membangunkan mashap menggunakan perisian Pembina mashap yang dibangunkan dan menjawab soalan soal selidik. Dalam pengujian perbandingan pula, beberapa pengguna akhir akan membina mashap menggunakan perisian yang dibangunkan dan satu perisian lain. Hasil kajian menunjukkan bahawa pendekatan pengaturcaraan berasas blok mudah digunakan untuk membina mashap. Sumbangan utama kajian ini ialah dengan membangunkan kerangka perisian pembina mashap berasas EUP. Melalui sumbangan ini, pembangunan aplikasi mashap dapat digunakan dengan lebih meluas oleh komuniti pengguna akhir dan seterusnya meningkatkan pembangunan aplikasi web yang berkualiti.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Mashups (World Wide Web) | |
dc.subject | Programming technique | |
dc.subject | Web 2.0 | |
dc.subject | User interface | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Kerangka pembina mashap berasas blok untuk pengaturcaraan pengguna akhir | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 186 | |
dc.identifier.callno | TK5105.88817.R633 2019 3 tesis | |
dc.identifier.barcode | 005365(2021)(PL2) | |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120612+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 3.37 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.