Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513355
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZarina Shukur, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorNoraida Haji Ali (P31475)-
dc.date.accessioned2023-10-16T04:35:49Z-
dc.date.available2023-10-16T04:35:49Z-
dc.date.issued2012-04-06-
dc.identifier.otherukmvital:120116-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513355-
dc.descriptionKebolehan untuk memodelkan keperluan sesuatu sistem merupakan satu kemestian bagi seseorang jurutera sistem. Dalam konteks pembelajaran dan pengajaran, penguasaan ilmu komponen pemodelan lazimnya dinilai melalui tugasan berasaskan rajah. Kajian terhadap kaedah penilaian tugasan tersebut masih lagi kurang diberi perhatian disebabkan kesukaran menentukan kriteria jawapan serta memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Dengan pertambahan pelajar dan bebanan pengajar pada setiap tahun, pengajar mengalami masalah untuk memberi kritikan terhadap jawapan tugasan pelajar. Kesilapan melukis rajah akan memberi impak yang besar kepada proses reka bentuk dan pembangunan sistem. Pengesahan terhadap model amat diperlukan kerana proses penambaikan model melibatkan kos yang tinggi jika ralat keperluan tidak dikenalpasti di peringkat awal. Kajian ini mencadangkan satu pendekatan kritikan secara automatik untuk rajah kelas UML. Pendekatan ini dikenalpasti sebagai satu cara yang dapat membantu pengajar dan pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Metodologi kajian merangkumi mengenalpasti faktor kualiti model, atribut atau parameter dalam membentuk soalan, permasalahan umum pemodelan, kaedah atau pendekatan yang boleh diaplikasi dan juga mengenal pasti jenis pengujian yang sesuai untuk kajian ini. Hasil penerokaan telah menghasilkan satu rangka kerja sebagai satu pendekatan yang dapat menganalisa rajah kelas UML secara automatik untuk menjana kritikan. Rangka kerja ini mengambilkira persekitaran pembelajaran dan pengajaran dan faktor kualiti model yang sesuai bagi memastikan rajah yang dihasilkan menepati keperluan sistem. Terdapat empat komponen utama dalam rangka kerja ini iaitu input, storan pengetahuan, proses dan output. Input utama adalah rajah kelas UML yang dihasilkan oleh alatan pemodelan yang popular iaitu Rational Rose. Proses pula merangkumi dua proses iaitu alatan sokongan dan proses analisa. Alatan sokongan menterjemahkan grafik rajah kelas UML kepada bentuk struktur data yang bermakna melalui kaedah pengekstrakan notasi. Sementara proses analisa pula, merangkumi empat proses iaitu huraian, analisa faktor kesempurnaan, analisa faktor konsistenan dan analisa faktor ketepatan. Ketiga-tiga faktor kualiti model tersebut dianalisa berpandukan kepada pendekatan yang berbeza iaitu pendekatan berasaskan semantik , pendekatan berasaskan sintaksis dan gabungan pendekatan berasaskan kes dan semantik. Faktor kesempurnaan dianalisa dengan mengambil kira kesempurnaan pernyataan setiap elemen bagi setiap notasi dalam rajah kelas UML yang dilukis oleh pelajar. Pernyataan elemen tersebut berdasarkan kepada semantik atau maksud permasalahan yang diberikan. Faktor konsistenan pula dianalisa berpandukan kepada sintaksis struktur rajah kelas UML itu sendiri. Manakala faktor ketepatan dianalisa berpandukan kepada perbandingan antara jawapan pelajar dengan beberapa kes skima jawapan bagi permasalahan yang sama dan juga mengambilkira peratus kesetaraan antara setiap kes. Keseluruhan 12 jenis ralat lazim faktor kualiti diterbitkan dalam bentuk peraturan bagi melaksanakan proses analisa tersebut. Hasil analisa dijana dalam bentuk teks yang berbentuk kritikan dan dijana secara automatik serta dipaparkan kepada pelajar dan pengajar. Pengujian rangka kerja dilakukan dengan membandingkan keputusan kajian dengan keputusan yang dihasilkan oleh beberapa pengajar bagi kes yang sama. Hasil pengujian mendapati rangka kerja yang dibangunkan dan pendekatan yang diterap dalam kajian ini, dapat menganalisa jawapan pelajar dengan lebih cepat dan tepat berbanding dengan analisa yang dilakukan oleh pengajar. Rangka kerja ini dapat berfungsi seolah-olah seperti pengajar.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat-
dc.rightsUKM-
dc.subjectObject-oriented methods (Computer science)-
dc.subjectComputer software -- Development-
dc.subjectUML (Computer science)-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleAnalisa kualiti model rajah kelas UML berasaskan semantik, sintatik dan kes-
dc.typeTheses-
dc.format.pages277-
dc.identifier.callnoQA76.9.O35N646 2012 3 tesis-
dc.identifier.barcode004057(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120116+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
488.7 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.