Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513352
Title: Capaian semantik berpemberat dokumen sejarah berdasarkan peristiwa
Authors: Fatihah Ramli (P62473)
Supervisor: Shahrul Azman Mohd Noah, Prof. Dr.
Keywords: Semantic Web
Ontologies (Information retrieval)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 27-Apr-2018
Description: Sistem capaian maklumat generik lazimnya mempunyai kekangan dalam mencapai maklumat bagi suatu domain kompleks seperti biologi, perubatan dan sejarah. Dalam domain sejarah yang menjadi fokus dalam kajian ini sebagai contoh memerlukan perwakilan peristiwa, masa, selang masa, lokasi dan individu bagi memenuhi keperluan maklumat pengguna. Domain sejarah melibatkan rentetan peristiwa yang banyak dan teknik perwakilan peristiwa yang sesuai penting untuk membantu pengguna mencapai maklumat sejarah dengan lebih tepat. Pengguna memerlukan maklumat yang ditakrifkan dengan maknanya dan bukan dengan rentetan teks dan himpunan teks semata-mata. Oleh itu, pembangunan metadata dilihat sebagai satu langkah penyelesaian yang berkesan bagi memudahkan pengaksesan, penyimpanan, dan capaian kepada koleksi dokumen sejarah. Langkah ini turut disokong oleh pendekatan ontologi bagi menerangkan dokumen secara semantik dan membantu meluaskan gelintaran maklumat. Selain itu, ontologi turut dilihat berpotensi untuk mengatasi kekangan semasa sistem capaian maklumat konvensional. Pembinaan model capaian maklumat ini tertumpu kepada capaian dokumen berdasarkan peristiwa sejarah yang mengaplikasikan pendekatan ontologi. Justeru itu, objektif utama penyelidikan ini ialah menyokong capaian dokumen semantik berdasarkan peristiwa dalam domain sejarah dengan menggunakan ontologi. Idea utama penyelidikan ini ialah membangunkan kaedah capaian semantik. Satu senarai indeks dan anotasi dokumen dibina bagi menyokong capaian semantik. Model klasik ruang vektor yang juga memuatkan algoritma pemangkatan diadaptasikan kepada perwakilan berasaskan ontologi bagi menguruskan jumlah maklumat berskala besar. Oleh sebab itu juga, carian dan capaian dokumen ini hanya menumpukan kepada capaian dokumen semantik berdasarkan peristiwa sejarah. Domain ontologi ini dikembangkan melalui kaedah guna semula ontologi sedia ada iaitu ontologi Simple News and Press Ontologies(SNaP). Kajian ini memilih beberapa konsep utama dari ontologi seperti ontologi Event dan ontologi Stuff dari ontologi SNaP bagi membina ontologi yang baru. Konsep yang berpadanan dengan domain spesifik dikekalkan dan seterusnya dikembangkan. Data ujian Battle and Operation of Vietnam War yang mengandungi 134 dokumen digunakan dalam fasa pengujian dan penilaian. Dua puluh kueri dipilih dan diterjemahkan kepada bahasa Simple Protocol dan RDF Query Language(SPARQL). Hasil penilaian menunjukkan nilai purata kejituan pendekatan ontologi berasaskan capaian maklumat meningkat sebanyak 34% jika dibandingkan dengan pendekatan berasaskan kata kunci.,Ph.D.
Pages: 192
Call Number: TK5105.88815.F348 2018 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119637+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.05 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.