Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513310
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nor Azan Mat Zin, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Siti Zaharah Mohid (P45072) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T04:35:25Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T04:35:25Z | - |
dc.date.issued | 2017-08-20 | |
dc.identifier.other | ukmvital:98999 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513310 | - |
dc.description | Inovasi perisian kursus yang dibangun mengguna teknologi multimedia membolehkan kanak-kanak OKU pendengaran meningkatkan kemahiran bahasa melalui persekitaran pembelajaran interaktif yang menyeronokkan. Perisian kursus yang mengambil kira faktor-faktor ketercapaian berpotensi menjadikan pembelajaran kanak-kanak OKU pendengaran berkesan, cekap dan memuaskan hati. Walaubagaimanapun perisian kursus untuk kanak-kanak OKU pendengaran masih terhad dan tiada untuk perisian kursus Pertuturan Kiu Bahasa Melayu (PKBM). PKBM merupakan salah satu kaedah komunikasi yang diguna dalam kalangan OKU pendengaran. Pertuturan kiu adalah komunikasi mod visual yang mengguna bentuk tangan dan posisi tertentu serta pergerakan bibir di mana setiap suku kata yang ditutur boleh dicam dengan jelas melalui penglihatan dan pendengaran. Kanak-kanak lepasan kiu boleh menguasai kemahiran bertutur, membaca, mengira, mengaji Al-Quran dan mempelajari Bahasa Inggeris. Bagaimanapun, capaian kepada pembelajaran kiu terhad kepada kanak-kanak sekitar Kuala Lumpur. Kajian ini bertujuan mereka bentuk perisian kursus pertuturan kiu Bahasa Melayu untuk kanak-kanak OKU pendengaran. Objektif kajian ini adalah untuk: Membangun model reka bentuk ketercapaian perisian kursus multimedia untuk kanak-kanak OKU pendengaran, mengimplementasi model reka bentuk ketercapaian perisian kursus dengan membangunkan prototaip perisian kursus multimedia interaktif dan mengesah model reka bentuk ketercapaian perisian kursus multimedia dengan menilai kebolehgunaan prototaip yang dibangunkan. Metodologi kajian adalah berasaskan model reka bentuk berarahan, reka bentuk sejagat dan reka bentuk berpusat pengguna yang merangkumi fasa analisis, fasa reka bentuk dan pembangunan serta fasa penilaian. Penilaian prototaip dilaksana menggunakan pendekatan ujian pengguna yang melibatkan pemerhatian seorang-demi-seorang terhadap kanak-kanak OKU pendengaran yang berumur antara 4-8 tahun. Kajian dilakukan bersama tujuh orang kanak-kanak OKU pendengaran di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Kuala Lumpur. Instrumen kajian terdiri daripada senarai tugas, senarai pemerhatian keberkesanan, kecekapan dan kepuasan pengguna yang menilai ketercapaian pengguna terhadap prototaip. Pengumpulan data adalah melalui catatan pada senarai pemerhatian, rakaman video dan rakaman skrin mengguna perisian Camtasia. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa prototaip perisian kursus adalah cekap, berkesan dan memuaskan hati pengguna. Penyelidikan ini menyumbang (i) Model reka bentuk ketercapaian perisian kursus; (ii) Reka bentuk prototaip MudahKiu; (iii) Methodologi penilaian perisian bagi kanak-kanak OKU pendengaran dan (iv) Instrumen kajian.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Pembelajaran interaktif | |
dc.subject | Multimedia systems | |
dc.title | Model reka bentuk ketercapaian perisian kursus multimedia untuk kanak-kanak OKU pendengaran | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 260 | |
dc.identifier.callno | QA76.575S584 2017 3 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003239(2018) | |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98999+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 332.04 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.