Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513295
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Muriati Mukhtar, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Amelia Natasya Abdul Wahab (P61096) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T04:35:19Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T04:35:19Z | - |
dc.date.issued | 2017-07-13 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:98116 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513295 | - |
dc.description | “Muda” adalah istilah dalam Toyota Production System (TPS) yang merujuk kepada pembaziran yang berlaku dalam proses pembuatan. Pembaziran ini disingkir dengan cara menghapus aktiviti dalam proses pengeluaran yang tidak memberi nilai tambah kepada pelanggan melalui aktiviti penambahbaikan yang berterusan. Konsep ini adalah asas bagi konsep kejat dalam TPS bagi menghasil produk yang menepati permintaan dan keperluan pelanggan dan secara tidak langsung mengurangkan kos pengeluaran. Konsep pengeluaran kejat ini telah dilaksana di pelbagai jenis organisasi. Namun, kadar kejayaan yang rendah bagi perlaksanaan pengeluaran kejat telah menjadi perhatian pihak pengamal di industri serta penyelidik. Antara isu utama yang menyumbang kepada keadaan ini adalah kekeliruan tentang takrif kejat, kurangnya pengetahuan tentang cara untuk melaksana kejat sehingga menimbulkan salah faham dan tiadanya perancangan bagi hala tuju di samping faktor kurangnya sokongan daripada pengurusan atasan. Selain itu, faktor tiadanya penandaan asas yang piawai bagi pengukuran tahap pelaksanaan kejat bagi sesebuah organisasi juga menyebabkan tahap pencapaian kejat tidak dapat diukur secara sistematik. Justeru, berlatarkan senario di Malaysia, objektif pertama kajian ini adalah untuk membina takrif kejat menurut konteks Malaysia bagi mendapatkan idea yang jelas berkenaan kejat. Seterusnya, objektif kedua kajian adalah untuk menghasilkan kerangka konseptual yang menghubungkan lapan jenis pembaziran dalam pembuatan dengan tujuh jenis dimensi aktiviti dalam organisasi kejat. Sebagai pembuktian konsep, objektif ketiga adalah untuk membangun sebuah prototaip audit kejat dengan menggunakan perisian spreadsheet. Seterusnya, objektif akhir adalah untuk menunjukkan kerangka konseptual yang dibangunkan ini boleh digunakan dalam industri sebenar melalui satu kajian kes. Kaedah yang digunakan untuk mengesahkan takrif kejat dan kerangka konseptual adalah teknik Delphi. Analisis tahap persetujuan dan kepentingan elemen yang digunakan dalam teknik Delphi dilakukan dengan melihat nilai median dan nilai sukuan kuartil. Sebanyak empat pusingan Delphi telah dilalui untuk tujuan pengesahan ini. Pengujian kebergunaan prototaip telah dilaksana dalam satu bengkel dan semua responden berpuashati dengan atribut dan fungsinya. Kajian kes yang dilaksana menunjukkan bahawa kerangka konseptual berserta dengan prototaip audit kejat ini dapat memberi panduan kepada pelaksana kejat khususnya yang baharu, untuk mengetahui dan memahami jenis pembaziran dan lokasi berlakunya pembaziran serta memilih teknik atau alat kejat yang bersesuaian bagi mengatasi pembaziran. Hasil kajian ini diharap dapat membantu organisasi untuk melaksana konsep kejat dengan jaya dan sekali gus meningkatkan sisi kompetitif organisasi tersebut.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Pembaziran | - |
dc.subject | Kos pengeluaran | - |
dc.subject | Toyota Production System | - |
dc.subject | Teknik Delphi | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.title | Kerangka konseptual aplikasi audit kejat bagi industri pembuatan | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 352 | - |
dc.identifier.barcode | 003052(2018) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98116+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.12 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.