Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513274
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorYazrina Yahya, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorKamaliyah Sarjo @ Hj Ahmad (P72748)
dc.date.accessioned2023-10-16T04:35:11Z-
dc.date.available2023-10-16T04:35:11Z-
dc.date.issued2017-03-23
dc.identifier.otherukmvital:96925
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513274-
dc.descriptionPengurusan Projek ICT (PPI) memainkan peranan penting dalam pentadbiran sesebuah organisasi masa kini. Untuk menyokong organisasi berdaya saing, banyak projek ICT telah dibangunkan sejajar dengan perkembangan pesat di dalam bidang teknologi maklumat. Melalui projek ICT yang dibangunkan, pelbagai perkhidmatan yang memenuhi permintaan pengguna dapat disediakan. Pelbagai kajian mengenai pengurusan projek ICT terus dipertingkatkan seiring dengan anjakan paradigma penyampaian perkhidmatan yang berubah mengikut arus kemajuan teknologi maklumat. Namun, berdasarkan kajian kesusasteraan, walaupun terdapat pelbagai metodologi dan amalan terbaik dalam pengurusan projek ICT, didapati masih banyak kegagalan dalam projek ICT di peringkat antarabangsa dan tempatan. Hasil kajian awal mendapati kebanyakan penyelidikan mengenai pengurusan projek ICT sedia ada kurang memberi penekanan secara langsung terhadap Pengurusan Proses Bisnes (PPB) dalam pengurusan projek ICT. Pengurusan Proses Bisnes adalah penting kerana ia dapat membantu untuk menggambarkan keberkesanan proses bisnes yang sentiasa berubah-ubah mengikut masa dan keperluan. Oleh itu kajian ini menggunakan pendekatan Pengurusan Proses Bisnes sebagai tambahan dalam pengurusan projek. Ini dapat membantu meningkatkan kejayaan projek ICT. Pendekatan ini adalah menggabungkan antara kaedah pengurusan dan teknologi maklumat yang fleksibel dengan menyediakan maklumat atas talian dan perubahan proses yang pantas tanpa menganggu proses sedia ada. Oleh itu pendekatan ini merupakan kaedah yang penting dalam membantu penambahbaikan proses pengurusan projek ICT di dalam memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Justeru itu, tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan kerangka kerja pengurusan projek ICT di sektor awam menggunakan pendekatan BPM. Kaedah kajian adalah melalui kaedah kualitatif di sektor awam. Kerangka kerja pengurusan projek ICT ini disahkan dan diluluskan oleh pasukan pakar perunding pengurusan projek ICT di MAMPU. Selepas penilaian, tiga komponen baru ditambah dalam kerangka kerja yang dicadangkan dan menghasilkan satu garis panduan. Hasil penyelidikan dapat dijadikan garis panduan oleh pengurus projek ICT untuk mengurus projek ICT di dalam sektor awam dan sektor swasta dengan melakukan perubahan pada aliran proses kerja dan pemetaan mengikut proses bisnes yang berkaitan. Kerangka kerja dan garis panduan yang dibangunkan ini berguna kepada pengurus projek ICT dan Pengurusan Projek ICT di sektor awam Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
dc.rightsUKM
dc.subjectPengurusan projek
dc.subjectSektor awam
dc.subjectICT
dc.subjectProject management -- Computer programs
dc.titleKerangka kerja pengurusan projek ICT menggunakan pendekatan pengurusan proses bisnes di sektor awam Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages228
dc.identifier.callnoHD69.P75K336 2017 3 tesis
dc.identifier.barcode002821(2017)
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96925+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
557.73 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.