Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513215
Title: | Model faktor penjajaran bisnes-IT universiti awam di Malaysia |
Authors: | Esmadi Abu Abu Seman (P58745) |
Supervisor: | Juhana Salim, Prof. Dr. |
Keywords: | Penjajaran bisnes Teknologi maklumat Universiti awam Information technology -- Planning |
Issue Date: | 9-Sep-2016 |
Description: | Penjajaran bisnes dan Teknologi Maklumat (IT) ditakrifkan sebagai menggunakan IT dengan cara yang sesuai dan tepat pada masanya, selaras dengan strategi, matlamat dan keperluan bisnes. Salah satu isu penting dalam kajian penjajaran bisnes-IT ialah ketiadaan penjajaran. Dapatan kajian lepas mendapati bahawa terdapat banyak faktor/pemboleh ubah yang secara konsisten meningkatkan penjajaran bisnes-IT. Masalah mengenai ketiadaan penjajaran boleh ditangani dengan mengenalpasti faktor untuk mencapai penjajaran bisnes-IT. Menyedari penjajaran bisnes-IT adalah kompleks, terdapat kemungkinan bahawa penjajaran yang berjaya memberi tumpuan kepada pengurusan dimensi penjajaran tertentu dengan mengkaji faktor penggalak dimensi tersebut. Hasil tinjauan literature tentang penjajaran mendapati bahawa terdapat kekeliruan dalam menjelaskan konsep penjajaran bisnes-IT. Berdasarkan jurang berkenaan, kajian ini meneliti masalah dan isu mengenai penjajaran, mengenalpasti, menganalisis, dan membincangkan faktor yang mempengaruhi penjajaran, kemudian mengkategorikan konstruk yang telah dikenalpasti ke dalam dimensi, seterusnya mencadangkan model untuk penjajaran di universiti. Model yang dibangunkan adalah berdasarkan teori Resource Based View, Knowledge Based View, Uncertainty Reduction dan Contingency dan beberapa model penjajaran bisnes-IT yang dibangunkan penyelidik terdahulu bagi mengkaji pengaruh strategik, struktur, sosial, dan budaya ke atas penjajaran bisnes-IT universiti awam di Malaysia. 18 hipotesis telah dibangunkan berdasarkan kepada tiga persoalan kajian. Data untuk analisis diperolehi dengan menggunakan soal selidik berstruktur yang menghasilkan 148 soal selidik yang boleh diguna pakai daripada pengurus/eksekutif IT dan pentadbir utama yang terlibat dalam perancangan strategik IT dari 20 universiti awam. Data dianalisis dengan menggunakan SPSS untuk analisis deskriptif dan demografik, manakala model yang telah dibangunkan disahkan dengan menggunakan analisis Pemodelan Persamaan Berstruktur (SEM). Hasil penilaian model fit memenuhi nilai yang disyorkan manakala 18 hipotesis telah disokong. Keputusan pengesahan mendedahkan bahawa keseluruhan model fit adalah sesuai dan menunjukkan kestabilan teori yang diguna dalam membangunkan model penjajaran bisnes-IT. Dapatan kajian menunjukkan penjajaran bisnes-IT dipengaruhi secara signifikan oleh empat set faktor: strategik, struktur, sosial, dan budaya. Hasil daripada kajian ini memberi pengertian mendalam untuk membolehkan pentadbir utama universiti membina pelan tindakan yang lebih komprehensif bagi mencapai penjajaran bisnes-IT yang strategik dan seterusnya meningkatkan kesan IT ke atas prestasi universiti.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/ Doktor Falsafah" |
Pages: | 292 |
Call Number: | T58.5.E828 2016 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_82187+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 534.95 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.