Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500678
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Abas Kutty, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorNurhafizah Azwa Abdul Satar (P78440)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:47:45Z-
dc.date.available2023-10-13T09:47:45Z-
dc.date.issued2020-12-24-
dc.identifier.otherukmvital:128386-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500678-
dc.descriptionPenggunaan indeks ekologi berasaskan informasi komuniti makroinvertebrat bentik untuk penilaian kualiti ekosistem sungai mendapat perhatian secara meluas, namun aplikasinya adalah bersifat umum untuk digunakan sepanjang sungai. Sungai secara umumnya adalah sangat bervariasi dan pengunaan satu indeks untuk penilaian sepanjang sungai adalah kurang tepat. Oleh itu, satu kajian untuk menghasilkan indeks ekologi menggunakan makroinvertebrat bentik sebagai bioindikator hanya untuk ekosistem sungai bersih telah dilakukan. Penjanaan indeks ini melibatkan pengunaan data kualiti air (fiziko – kimia dan biologi) dan pengolahan informasi kepelbagaian dan sebaran makroinvertebrat bentik. Sebanyak 42 sungai – sungai rekreasi di seluruh Semenanjung Malaysia telah disampel dan sejumlah 663 sampel unit bagi sampel air dan makroinvertebrat bentik disampel dan dianalisis. Parameter kualiti air yang digunakan ialah DO, BOD5, COD, pH, TSS, dan NH3N iaitu parameter bagi indeks kualiti air Malaysia (WQI). Persampelan makroinvertebrat bentik dilakukan menggunakan jaring Surber yang sesuai untuk sungai – sungai berkedalaman tidak melebihi satu meter. Data makroinvertebrat bentik dianalisis menggunakan indeks – indeks sedia ada iaitu indeks kepelbagaian (Indeks Shannon (H'), indeks kesamarataan Pielou (J), indeks kekayaan Margalef (DMG), dan indeks biotik (BMWP dan FBI). Ujian CCA dan regresi telah digunakan bagi menilaikan kekuatan pengaruh parameter kualiti air dan fizikal habitat terhadap struktur komuniti makroinvertebrat bentik. Analisis PCA dan kluster dijalankan bagi penjanaan indeks ekologi. Hasil kajian menunjukkan nilai WQI kesemua sungai – sungai kajian berjulat 76.5 hingga 98.5 yang dikategorikan sebagai bersih. Sebanyak tiga filum, tujuh kelas, 19 order, 117 famili dan 55410 individu makroinvertebrat telah direkodkan. Hasil analisis indeks – indeks ekologi dan biotik sedia ada turut membuktikan sungai – sungai kajian berada dalam tahap bersih bersesuaian dengan nilai WQI. Ujian CCA menunjukkan kesemua parameter WQI (DO, BOD5, COD, pH, NH3N dan TSS) mempunyai pengaruh terhadap komuniti makroinvertebrat bentik, namun analisis regresi membuktikannya hanya pada kekuatan yang sederhana dengan nilai r2 kebanyakannya lebih rendah daripada 0.5. Sebanyak 20 komponen telah dihasilkan melalui ujian PCA, dan berdasarkan kepada kesamaan dan ketidaksamaan fungsi ekologi bagi setiap famili, komponen tersebut telah diringkaskan kepada tiga kumpulan. Satu indeks ekologi (FEIS = ) telah dihasilkan menggunakan tiga kumpulan tersebut. Melalui analisis kluster, tiga skala skor (julat nilai) telah berjaya dihasilkan mewakili setiap satu kelas iaitu 2.11 hingga 3.00 (kelas pertama : ekosistem sangat sihat), 1.36 hingga 2.10 (kelas kedua : ekosistem sihat) dan 0.00 hingga 1.35 (kelas ketiga : ekosistem sederhana sihat). Indeks yang terhasil telah berjaya memperlihatkan wujudnya variasi kualiti ekosistem sungai walaupun secara amnya berstatus sungai bersih. Indeks yang dijana ini sangat berguna untuk pengurusan sungai – sungai rekreasi kerana dapat menunjukkan kemerosotan kualiti ekosistem sungai walaupun pada peringkat awalnya tidak dapat dikesan menggunakan indeks kualiti yang sedia ada. Pengesanan awal kemerosotan kualiti ekosistem sungai dapat membantu pihak pengurusan mengurus ekosistem sungai-sungai rekreasi di Malaysia,Ph.D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMakroinvertebrat-
dc.subjectKualiti air-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePenjanaan indeks ekologi sungai rekreasi menggunakan makroinvertebrat bentik sebagai penunjuk biologi-
dc.typeTheses-
dc.format.pages180-
dc.identifier.barcode006606(2022)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128386+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.03 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.