Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500671
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Prof. Dr. Sahrim Hj. Ahmad | - |
dc.contributor.author | Yu Lih Jiun | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:47:37Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:47:37Z | - |
dc.date.issued | 2012-10-06 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:71395 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500671 | - |
dc.description | Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaj i kesan penambahan (2-10 peratus berat) ferit nikel-zink (NiZn) dan nanotiub karbon berbilang dinding (MWNT) ke atas morfologi, mikrostruktur, sifat magnet, sifat term a dan sifat penyerapan mikrogelombang getah asli termoplastik (TPNR). Getah asli termoplastik (TPNR) disediakan melalui proses pengadunan leburan getah asli (NR), cecair getah asli (LNR) dan polipropilena (PP) dengan menggunakan mesin pengadunan leburan Thermo Haake Polylab System Mixer pada kadar putaran 100 p.p.m dan suhu 180°C. Kajian dilakukan terhadap enam jenis nanokomposit yang berlainan, iaitu: nanokomposit ferit NiZn, nanokomposit MWNT, nanokomposit MWNT yang dirawat dengan asid nitrik (TCNT), nanokomposit HO, nanokomposit HI dan nanokomposit H2. HO, HI dan H2 merupakan pencampuran ferit NiZn dan MWNT mengikut nisbah jisim 50 :50, 67 :33 dan 33 :67 masing-masing. Pemeriksaan SEM, TEM dan mikroskop optik menunjukkan jarak antara zarah-zarah berkurangan dengan penambahan kandungan pengisi. Keputusan daripada ujian VSM pada suhu bilik menunjukkan penambahan pengisi meningkatkan interaksi magnet nanokomposit. Permagnetan tepu (Ms) dan permagnetan baki (M) nanokomposit berkadar terus komposisi zarah magnet dalam matriks TPNR. Semakin meningkat kandungan ferit NiZn, semakin tingginya nilai M, dan Mr. Manakala, permagnetan MWNT disumbang oleh pemangkin logam yang hadir dan kesan permagnetannya boleh diabaikan bagi TCNT. Ini disebabkan logam pemangkin dilarut dan disingkirkan selepas rawatan asid nitrik. Permagnetan nanokomposit hibrid pula dipengaruh oleh kandungan ferit NiZn dan MWNT. Daya koersif bagi semua nanokomposit berkurangan dengan penambahan pengisi kerana interaksi magnet meningkat apabila jarak antara zarah berdekatan. Difraktogram sinar- X nanokomposit menunjukkan perubahan puncak keamatan struktur hablur pengisi dalam matriks TPNR apabila kandungan pengisi bertambah. Termogram TGA menunjukkan penambahan pengisi ferit NiZn, MWNT dan hibrid meningkatkan suhu degradasi TPNR. Nanokomposit TCNT menunjukkan pemerosotan kestabilan suhu apabila kandungan TCNT bertambah. Ini adalah kerana permukaan TCNT dioksidakan selepas rawatan asid nitrik. Kehadiran kumpulan berfungsi -COOH pada permukaan TCNT disahkan melalui analisis FTIR. Keputusan ujian DMA menunjukkan nanokomposit HO mempunyai nilai moduli simpanan (E') dan moduli kehilangan (E) yang semakin meningkat dengan kandungan pengisi HO (2-8 peratus berat). Penurunan nilai E' dan E" yang berlaku pada 10 peratus berat nanokomposit HO kemungkinan disebabkan agglomerasi pengisi dan menggagalkan pemindahan tegasan antaramuka matriks-pengisi. Kajian penyerapan mikrogelombang dikaji dari segi kehilangan pantulan (RL) dan keberkesanan perisai (SE). Bagi semua nanokomposit | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Getah Asli | - |
dc.subject | Termoplastik Hibrid | - |
dc.subject | Nanozarah ferit NiZ | - |
dc.subject | Nanotiub Karbon | - |
dc.subject | Thermoplastic composites | - |
dc.title | Komposit Getah Asli Termoplastik Hibrid Berpengisi Nanozarah ferit NiZn Dan Nanotiub Karbon Berbilang Dinding | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 157 | - |
dc.identifier.callno | TA418.9.C6.Y938 2012 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003143 (2012) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_71395+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.43 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.