Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500664
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorProf. Madya Dr. Wan Zuhairi Wan Yaacob
dc.contributor.authorMuchlis
dc.date.accessioned2023-10-13T09:47:30Z-
dc.date.available2023-10-13T09:47:30Z-
dc.date.issued2012-05-22
dc.identifier.otherukmvital:70891
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500664-
dc.descriptionKajian pergerakan bahan pence mar organik NAPL (Non Aqueous Phase Liquid) dalam medium tanah yang berbeza dengan menggunakan emparan geoteknik telah dilakukan. Toluene digunakan sebagai bahan N APL ringan dan trichloroethylene (TeE) sebagai bahan NAPL tumpat. Objektif penyelidikan ini adalah untuk mengetahui sifat-sifat pergerakan TeE dan toluene dalam pelbagai jenis dan keadaan tanah yang berbeza, untuk mengkaji sifat-sifat pergerakan TeE dan toluene dalam tanah dengan menggunakan daya 19, 2Sg dan SOg, untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pergerakan TeE dan toluene dalam tanah, dan untuk membina sebuah emparan geoteknik yang murah dan berkesan. Pergerakan NAPL pada pelbagai keadaan tanah telah dapat dimodelkan dengan jayanya menggunakan emparan geoteknik yang telah dibina dari kajian ini. Ujian emparan geoteknik telah dilakukan terhadap medium tanah yang berbeza dengan pelbagai keadaan yang . menggambarkan keadaan semulajadi tanah iaitu tanah kering, tanah dengan perbezaan kandungan air, perlapisan, kekanta tepu dan keadaan tidak tepu-tepu. Kajian dijalankan dengan menggunakan daya tarikan graviti 2Sg dan SOg bersamaan dengan 210 dan 300 RPM (Putaran Per Minit). Pergerakan NAPL juga dibandingkan dengan ujian daya graviti 19. Dalam keadaan tanah kering, pergerakan menegak TeE dan toluene pada daya 19, 2Sg dan SOg, dalam pasir sederhana adalah paling laju manakala dalam tanah riolit adalah yang paling perlahan. Pergerakan mendatar TeE dan toluene pada daya 19, 2Sg dan SOg paling laju adalah dalam tanah riolit, manakala yang paling perlahan adalah dalam lempung marin (pada daya l g) dan pasir kasar (pada daya 2Sg dan SOg). Dalam keadaan tanah yang berbeza kandungan air (S%, 10% dan IS%), pergerakan menegak TeE dan toluene yang paling perlahan adalah dalam tanah dengan S% kandungan air dan yang paling laju adalah dalam IS% kandungan air. Pergerakan TeE dan toluene secara mendatar pada daya 2Sg adalah paling perlahan dalam IS% kandungan air dan paling laju dalam S% kandungan air manakala pada daya l g pergerakan mendatar TeE dan toluene tidak seragam. Pergerakan menegak TeE dan toluene akan dibantut semasa memasuki perlapisan lempung marin dan cenderung bergerak secara mendatar pada perlapisan. Pergerakan TeE dan toluene tidak dapat memasuki kekanta lempung marin tepu, dan ianya bergerak mencari rongga tidak tepu di bahagian sekeliling kekanta. Dalam medium keadaan tidak tepu-tepu, pergerakan toluene dan TeE adalah sarna dalam tanah tidak tepu dan di kawasan pinggir rerambut. Pergerakan toluene adalah mendatar dan cenderung untuk mengapung pada bahagian at as permukaan air manakala pergerakan TeE akan mendatar, dan jika jumlahnya sudah memadai, pergerakkannya akan menegak melalui permukaan air menuju ke dasar medium pasir tepu. Penambahan graviti dapat meningkatkan kelajuan pergerakan TeE dan toluene. Pergerakan TeE dan toluene dipengaruhi oleh saiz zarah, kapasiti pertukaran kation, luas permukaan tertentu, keadaan ketepuan medium, keadaan perlapisan atau kekanta. Pergerakan juga dipengaruhi oleh ketumpatan bahan. Kajian ini .telah berjaya menghasilkan satu emparan geoteknik berdiameter efektif I m. Bahagian-bahagian utama emparan ini adalah badan emparan, lengan, kotak sampel dan penyimbang berat, motor, botol bahan pencemar, kotak kawalan dan komputer. Emparan ini juga dilengkapi dengan beberapa sensor iaitu sensor getaran, sensor penutup, sensor kelajuan, sensor stroboskop.,Doktor Falsafah
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectKesan
dc.subjectPergerakan
dc.subjectPencemar
dc.subjectTanah
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKesan Sifat Dan Keadaan Tanah Terhadap Pergerakan bahan Pencemar Organik Dalam Tanah
dc.typeTheses
dc.format.pages176
dc.identifier.callnoTD878.M836 2012 tesis
dc.identifier.barcode003148 (2012)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_70891+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.24 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.