Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500600
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Salmi Md Noorani, Prof. Dr.
dc.contributor.authorNur Fariha Syaqina Mohd Zulkepli (P88379)
dc.date.accessioned2023-10-13T09:46:20Z-
dc.date.available2023-10-13T09:46:20Z-
dc.date.issued2021-09-15
dc.identifier.otherukmvital:128517
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500600-
dc.descriptionKajian ini menggunakan pendekatan topologi iaitu homologi gigih yang merupakan kaedah utama dalam bidang analisis data bertopologi (ADB) untuk menganalisis pencemaran udara di Malaysia khususnya episod jerebu di Malaysia. Pendekatan tersebut diketengahkan dalam kajian ini kerana tiada lagi penerokaan kaedah homologi gigih dalam kajian kualiti udara dan jurang tersebut dipenuhi melalui kajian ini. Semasa episod jerebu, bahan pencemar 10 PM telah dilaporkan sebagai bahan pencemar utama dan kajian ini memfokuskan bahan pencemar tersebut untuk memahami jerebu. Kebiasaannya, jerebu dikenal pasti berdasarkan tahap kepekatan 10 PM yang melebihi tahap yang dibenarkan. Pendekatan yang berbeza diketengahkan melalui penerapan homologi gigih, yang mengenalpasti jerebu berdasarkan perilaku ciri-ciri kualitatif khususnya ciri-ciri topologi. Analisis jerebu berdasarkan ciri-ciri topologi merangkumi beberapa bahagian kajian iaitu pengesanan, pencirian, pengelompokan dan peramalan. Kajian pengesanan melibatkan penurasan ciri-ciri topologi daripada data 10 PM dan jerebu diperihalkan melalui perilaku ciri-ciri topologi tersebut. Dapatan kajian menunjukkan perbezaan ketara dari segi kualitatif dapat dilihat melalui perilaku ciri-ciri topologi antara keadaan jerebu dan tanpa jerebu. Seterusnya, analisis lanjutan jerebu dilakukan melalui kajian pencirian yang melibatkan analisis kuantitatif pada ciri-ciri topologi melalui pengiraan nombor Betti dan ringkasan statistik. Melalui kajian tersebut, perubahan mendadak pada hasil kuantitif tersebut antara jerebu dan tidak jerebu adalah lebih terserlah. Penerokaan homologi gigih dalam menganalisis jerebu diteruskan lagi dengan kajian pengelompokan dengan menggunakan kaedah pengelompokan analisis kelompok agglomeratif berhierarki (AKAB). Tiga dapatan kajian pengelompokan diperhatikan iaitu pengelompokan jerebu, pendekatan topologi untuk mengelompok stesen-stesen pengawasan kualiti udara dan keberkesanan kaedah AKAB hibrid. Berdasarkan pengelompokan jerebu, keberkesanan kaedah AKAB ditambahbaik (AKAB dengan ciri-ciri topologi) dikaji dan hasil kajian menunjukkan AKAB ditambahbaik berjaya mengelompok bulan-bulan mengikut keadaan berjerebu atau tidak berbanding dengan kaedah AKAB tradisional. Dua kajian pengelompokan yang lain adalah melibatkan pengenalan kaedah baharu untuk mengelompok stesen-stesen pengawasan kualiti udara. Analisis pengelompokan stesen dilakukan berdasarkan keserupaan antara stesen kualiti udara yang dilihat dari segi keserupaan ciri-ciri topologi yang diukur menggunakan jarak Wasserstein. Seterusnya, pembaharuan kaedah AKAB (AKAB hibrid) dilakukan berdasarkan dapatan tersebut dengan mempertimbangkan jarak Wasserstein sebagai input jarak ketakserupaan, berbeza dengan AKAB tradisional yang kebiasaannya menggunakan jarak Euklidan dan diterapkan secara langsung pada data. Peramalan adalah kajian terakhir dalam kajian ini yang melibatkan peramalan jerebu berdasarkan ciri-ciri topologi dengan menggunakan kaedah k-jiran terdekat (kJT), hutan rawak (HR) dan rangkaian neural buatan (RNB). Berdasarkan keseluruhan dapatan kajian, hasil yang memberangsangkan diperoleh melalui penerapan berdasarkan ciri-ciri topologi berbanding penerapan tanpa ciri-ciri tersebut. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat membantu memberikan kaedah alternatif kepada penyelidik-penyelidik dan pihak-pihak berkepentingan dalam menyiasat dan menguruskan isu pencemaran udara di Malaysia.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectTopology
dc.subjectAir pollution
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePendekatan topologi dalam menganalisis siri masa PM10 di Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages297
dc.identifier.callnoQA611.N837 2021 tesis
dc.identifier.barcode006549(2022)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128517+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
194.51 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.