Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500596
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Munir Abdul Murad, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorTeoh Hong Hong (P65555)
dc.date.accessioned2023-10-13T09:46:15Z-
dc.date.available2023-10-13T09:46:15Z-
dc.date.issued2020
dc.identifier.otherukmvital:128515
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500596-
dc.descriptionGanoderma boninense merupakan kulat patogen penyebab penyakit reput pangkal batang kelapa sawit. Maklumat tentang faktor kepatogenan G. boninense adalah penting untuk membangunkan kaedah yang efektif bagi melindungi pokok kelapa sawit daripada kulat ini. Pendekatan transkriptomik telah digunakan dengan meluas bagi mengenal pasti faktor kepatogenan kulat patogen, namun ianya terbatas bagi G. boninense kerana kaedah infeksi sedia ada menyukarkan pemencilan miselium daripada akar untuk pengekstrakan RNA. Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan asai infeksi alternatif G. boninense, memprofil pengekspresan gen G. boninense semasa jangkitan serta menciri gen yang terlibat dalam kepatogenan kulat. Asai infeksi dibangun dengan mendedahkan akar kelapa sawit kepada miselium monokarion dan dwikarion G. boninense di dalam agar Murashige dan Skoog dan bukannya di dalam tanah seperti asai biasa. Kesan jangkitan dicerap pada permukaan dan dalam akar selama 40 hari. Seterusnya miselium G. boninense dituai pada titik masa 10, 20, 30 dan 40 hari pos infeksi (hpi). RNA jumlah diekstrak, ditukar kepada cDNA dan dijujuk. Profil pengekspresan gen bagi dwikarion yang menjangkiti akar kelapa sawit (DT), dwikarion kawalan (DC) dan monokarion yang didedahkan kepada akar kelapa sawit (MT) dianalisis dan dibandingkan. Asai infeksi menunjukkan kedua-dua miselium monokarion dan dwikarion telah berinteraksi dengan akar tumbuhan seawal hari ke-10 dan melitupi permukaan akar pada hari ke-20. Namun hanya miselium dwikarion sahaja berjaya menembusi akar dan mengkolonisasi bahagian epidermis dan korteks pada hari ke-30 dan ke-40. Sebanyak 772 gen telah dikenal pasti mempamerkan aras pengekspresan meningkat semasa jangkitan apabila profil pengekspresan DT, DM dan MT dibandingkan. Sebanyak 224, 354 dan 194 gen daripada gen-gen tersebut menunjukkan peningkatan pengekspresan masing-masing pada peringkat awal jangkitan (10 dan 20 hpi), peringkat lewat jangkitan (30 dan 40 hpi) dan pada kedua-dua peringkat jangkitan. Kesemua gen tersebut telah dikategori kepada beberapa kumpulan termasuklah gen mengekod protein yang terlibat dalam pencernaan dinding sel tumbuhan, terlibat dalam biosintesis metabolit sekunder dan toksin, diperlukan untuk nyahtoksifikasi spesies oksigen reaktif, terlibat dalam modifkasi sistem pertahanan tumbuhan, diperlukan untuk memanipulasi persekitaran dalam dan luar sel serta diperlukan untuk pengubahsuaian dinding sel kulat. Sebagai kesimpulan kajian ini telah berjaya membangunkan asai jangkitan alternatif serta mengenal pasti dan menciri gen mengekod faktor kepatogenan G. boninense.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectGanoderma diseases of plants
dc.subjectGanoderma boninense
dc.subjectFungus
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePembangunan asai infeksi Ganoderma boninense dan pencirian faktor kepatogenannya dengan pendekatan transkriptomik
dc.typeTheses
dc.format.pages336
dc.identifier.callnoSB741.G35T436 2020 tesis
dc.identifier.barcode006547(2022)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128515+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.04 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.