Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500576
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Khairiah Badri, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Azlin Mohmad Azman (P68059) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:45:53Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:45:53Z | - |
dc.date.issued | 2021-05-22 | |
dc.identifier.other | ukmvital:128369 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500576 | - |
dc.description | Sistem poliuretana satu-komponen merupakan antara perekat komersial yang digunakan dalam industri komposit kayu selain perekat berasaskan formaldehid. Namun perekat berasaskan formaldehid masih menjadi pilihan utama pengusaha kilang komposit kayu di Malaysia berbanding perekat poliuretana walaupun telah diketahui umum bahawa pembebasan gas formaldehid yang tinggi (>0.75 ppm) berupaya menjejaskan kesihatan manusia. Ini adalah disebabkan oleh kos bahan asas poliuretana yang lebih tinggi kerana masih bergantung kepada sumber bahan mentah petroleum khususnya sumber poliol. Maka, dalam kajian ini, poliol berasaskan minyak isirung sawit (PKO- p) digunakan bagi menghasilkan perekat prapolimer poliuretana (pra-PU) menggantikan poliol berasaskan petroleum dan seterusnya digunakan dalam penghasilan papan serabut berketumpatan sederhana (MDF). Serabut tandan kosong sawit (STKS-UT) dipilih sebagai sumber serabut. Pada peringkat pertama kajian, pengoptimuman empat parameter pemprosesan MDF dilakukan iaitu pengoptimuman saiz serabut, suhu mampatan, tempoh mampatan dan nisbah STKS-UT terhadap resin pra-PU. Kesemua parameter optimum yang telah berjaya dicapai melalui pencirian sifat fizikal, mekanik dan terma bagi MDF daripada STKS-UT digunakan pula dalam penghasilan MDF terawat air panas (MDF-A) dan MDF terawat larutan akueus natrium hidroksida 0.5 M (MDF-N) bagi melihat keperluan rawatan STKS. Resin perekat pra-PU dihasilkan melalui tindak balas pempolimeran kondensasi antara PKO-p yang dicampur bersama polietilena glikol (PEG 200, berat molekul 200 Da) dengan 4,4-difenilmetana diisosianat (MDI) mengikut nisbah 100:10:150 (PKO-p: PEG 200: MDI) di mana aseton telah digunakan sebagai pelarut di dalam kedua-dua larutan monomer tersebut. Analisis spektroskopi FTIR mengesahkan pembentukan ikatan uretana di dalam prapolimer PU dengan kehadiran puncak karbonil uretana (-C=O) pada 1708 cm-1, puncak amida (-NH) pada 3303 cm-1, puncak kumpulan karbamat (- CN) pada sekitar 1600 cm-1 serta puncak C-O-C pada 1218 cm-1. Sifat fizikal, mekanik dan terma MDF meningkat dengan pengurangan saiz serabut, pertambahan suhu mampatan dan juga nisbah SKTS-UT yang rendah dalam MDF. MDF-A telah menunjukkan sifat bahan yang lebih baik berbanding MDF-UT disebabkan permukaan serabut yang lebih bersih setelah penyingkiran kotoran, bendasing dan lilin dilakukan melalui rawatan air panas. MDF-N telah menunjukkan peratus serapan air (47.1%) terendah, kekuatan hentaman (5.5 kJ/m2), nilai MOR (41.0 MPa) dan MOE (1587.7 MPa) maksima berbanding MDF- A dan MDFUT. Analisis DMA turut menunjukkan MDF-N mencatatkan nilai modulus simpanan tertinggi (3030.6 MPa) dan modulus kehilangan tertinggi (200.2 MPa) dengan nilai tan δ 0.17. Impak daripada hasil kajian ini adalah penghasilan MDF daripada sumber alternatif iaitu penggantian perekat formaldehid yang bertoksid kepada poliuretana berasaskan sumber boleh diperbaharui iaitu PKO-p dan penggantian sumber serabut getah kepada STKS yang menunjukkan spesifikasi setara dengan MDF komersial di Malaysia.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Poliuretana | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Penghasilan papan serabut berketumpatan sederhana dengan prapolimer poliuretana sawit sebagai perekat | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 168 | |
dc.identifier.barcode | 006599(2022) | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_128369+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.28 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.