Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500546
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Abdul Aziz Jemain, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Siti Annazirin Eli @ Ali (P54463) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:45:20Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:45:20Z | - |
dc.date.issued | 2021-07-30 | |
dc.identifier.other | ukmvital:128127 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500546 | - |
dc.description | Kajian permodelan statistik menggunakan teori nilai ekstrim diperlukan berikutan fenomena kejadian hujan ekstrim yang sukar diduga dan kadangkala disusuli dengan peristiwa bencana alam yang berisiko tinggi seperti banjir kilat dan tanah runtuh. Hasil kajian ke atas masalah tersebut membantu pihak berwajib memahami perlakuan sebenar hujan ekstrim yang telah berlaku dan meramalkan nilai ulangan hujan ekstrim yang mungkin berlaku untuk masa akan datang. Kajian ini menggunakan taburan nilai ekstrim teritlak (GEV) untuk dipadankan dengan data hujan siri maksimum tahunan (AMS) untuk 42 stesen curahan hujan di Semenanjung Malaysia. Nilai ulangan hujan dianggar menggunakan anggaran parameter taburan GEV berdasarkan pendekatan frekuensi dan Bayes. Kaedah kebolehjadian maksima (ML) dan kaedah L-Momen (LM) adalah kaedah penganggaran parameter dari pendekatan frekuensi. Nilai ralat pincang, ralat min punca kuasa dua (RMSE) dan kecekapan bercantum (JE) diperoleh menggunakan kaedah Butstrap untuk tujuan perbandingan. Dapatan jelas menunjukkan kaedah LM menghasilkan nilai anggaran parameter, ralat dan anggaran nilai ulangan hujan yang lebih kecil kaedah ML. Masalah kekurangan data ekstrim serta masalah parameter bentuk taburan GEV yang bernilai negatif diatasi menggunakan pendekatan Bayes. Penganggaran parameter dijana melalui simulasi Rantai Markov Monte Carlo (MCMC). Tiga taburan prior digunakan iaitu taburan Normal untuk prior tak bermaklumat, manakala taburan Gamma dan Beta untuk prior bermaklumat. Penggunaan taburan prior bermaklumat mampu mengatasi masalah kesukaran menterjemah maklumat tambahan tentang kehujanan ekstrim ke bentuk yang lebih mudah digunapakai oleh pengkaji. Ikhtisar dapatan yang lebih komprehensif memberikan nilai tambah dan penilaian kesesuaian model dilaksanakan dengan lebih praktikal menggunakan taburan posteri. Selain dari nilai ralat, nilai kriterium maklumat dihitung menggunakan kriterium maklumat Akaike (AIC), kriterium maklumat Bayes (BIC) dan kriterium maklumat devian (DIC) untuk tujuan pemilihan model. Hasil kajian menunjukkan bahawa model yang menggunakan taburan prior bermaklumat lebih bagus serta memberikan anggaran nilai ulangan hujan yang lebih rendah berikutan nilai ralat dan kriterium maklumat yang kecil. Menggunakan nilai-nilai anggaran ulangan hujan pendekatan frekuensi dan Bayes, teori penskalaan mudah digunakan untuk menghitung nilai ulangan hujan bagi selang masa yang lebih kecil dari 24 jam. Penentuan ciri penskalaan terhadap data cerapan dijalankan dan hasil kajian menunjukkan majoriti stesen mempunyai sifat penskalaan mudah. Pola taburan reruang nilai ulangan hujan maksimum bagi selang masa 1 jam menunjukkan kawasan Pantai Barat berisiko mengalami hujan ekstrim berbeza dengan anggaran nilai ulangan hujan pada selang masa 24 jam. Analisis seterusnya dilanjutkan bagi pembinaan lengkung keamatan-tempoh-kekerapan (IDF). Lengkung-lengkung IDF ini memberi maklumat lebih lengkap tentang perlakuan keamatan hujan ekstrim menggunakan anggaran nilai ulangan hujan dari analisis sebelum ini. Kajian perbandingan terhadap lengkung IDF yang digunakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia turut dijalankan. Terdapat perbezaan yang kecil di antara lengkung IDF yang dihasilkan dari analisis penskalaan penurununan yang dihasilkan dalam kajian ini berbanding lengkung IDF JPS. Justeru, kajian ini memberikan kaedah penganggaran yang lebih fleksibel, realistik dan mudah diaplikasikan serta dapatannya mampu memberi manfaat kepada penyelidik yang berkecimpung dalam bidang nilai ekstrim dan pelbagai bidang yang berkaitan.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Taburan hujan | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Nilai ulang hujan ekstrim pelbagai skala dengan pendekatan bayes dan frekuensi | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 159 | |
dc.identifier.barcode | 006519(2021) | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_128127+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 16.4 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.