Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500537
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRoslan Abd. Shukor, Prof. Dato Dr.-
dc.contributor.authorNur Akasyah Jaafar (P97670)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:45:10Z-
dc.date.available2023-10-13T09:45:10Z-
dc.date.issued2021-04-08-
dc.identifier.otherukmvital:123599-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500537-
dc.descriptionSuperkonduktor berasaskan kuprum oksida sistem Tl merupakan salah satu sistem dengan suhu genting tertinggi. Kesan penggantian unsur tunggal pada tapak Tl fasa TlSr2CaCu2O7 (Tl-1212), Tl(Ba,Sr)CaCu2O7 (Tl(Ba,Sr)-1212) dan TlBa2Ca2Cu3O9 (Tl 1223) telah dikaji. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penggantian unsur tunggal ke atas kesuperkonduksian sistem Tl1-xAxSr2CaCu2O7 (A = Se dan Pb), Tl1-xXx(Ba,Sr)CaCu2O7 (X = Cr, Bi, Pb, Se dan Te) dan Tl1-xRxBa2Ca2Cu3O9 (R = Se). Semua sampel telah disediakan melalui kaedah tindak balas keadaan pepejal. Pencirian menggunakan XRD adalah untuk mengenal pasti fasa, struktur hablur, sel-sel unit dan parameter kekisi sampel. Morfologi dan orientasi butiran telah dikaji menggunakan FESEM. Komposisi unsur telah dianalisis menggunakan EDX. Kaedah penduga empat titik telah digunakan untuk mengkaji rintangan elektrik sampel dengan mengenal pasti suhu genting mula (Tc mula), suhu genting sifar (Tc sifar) dan lebar suhu peralihan (∆Tc). Bagi mengkaji ciri magnet, pengukuran kerentanan AU telah dilakukan untuk menentukan suhu peralihan (Tcχ’), suhu puncak (Tp) dan ketumpatan arus genting antara butiran (Jc(Tp)). Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan unsur yang meningkatkan atau menurunkan suhu genting, Tc bagi sistem Tl1-xMxSr2CaCu2O7. Unsur-unsur yang terlibat dalam kajian ini adalah M = Pb, Bi, Cr, V, Re, Zr, In, Er, Gd, Na, K, Rb dan Se. Hubungan antara Tc dengan jejari ion, nombor koordinasi, keadaan valensi dan pengoptimuman kepekatan lohong dalam kesuperkonduksian sistem Tl telah dikaji. Hasil kajian menunjukkan logam alkali (Na, K dan Rb) menurunkan Tc bagi fasa Tl 1212. Salah satu keputusan penting hasil kajian ini ialah suhu genting berkadar langsung dengan jejari ion kecuali untuk Cr yang menunjukkan Tc tertinggi (Tc mula = 118 K) meskipun jejari ionnya adalah lebih kecil. Kajian ini menunjukkan bahawa penggantian unsur tunggal memberi kesan yang berlainan pada sifat kesuperkonduksian fasa Tl 1212, Tl(Ba,Sr)-1212 dan Tl-1223. Keputusan ini berguna bagi meningkatkan suhu genting menggunakan kaedah penggantian tunggal pada tapak Tl fasa Tl-2223, Tl-2212, Tl-2201 dan Tl-1201.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSuperkonduktor-
dc.subjectKuprum oksida-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePenggantian unsur tunggal pada tapak-Tl superkonduktor suhu tinggi TlSr2CaCu2O7, Tl(Ba,Sr)CaCu2O7 dan TlBa2Ca2Cu3O9-
dc.typeTheses-
dc.format.pages192-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123599+SOURCE1+SOURCE1.2.PDF
  Restricted Access
6.87 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.