Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500488
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Lee Yook Heng, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Alizar Ulianas (P41041) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:44:19Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:44:19Z | - |
dc.date.issued | 2012-06-20 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:120867 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500488 | - |
dc.description | Untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi biosensor, mikrosfera polimer akrilik terubahsuai dengan N-akriloksisuksinimida (NAS) (poli (nBA-ko-NAS) telah berjaya disintesis secara fotopempolimeran emulsi. Komposisi yang terlibat dalam sintesis bahan sfera polimer akrilik terdiri daripda n-butil akrilat (nBA), 2-2-dimetoksi-2-fenilasetofenon (DMPP), 1,6-heksanadiol diakrilat (HDDA), natrium dodesil sulfat (SDS), N-akriloksisuksinimida (NAS) yang difotorawat dengan sinaran ultra lembayung. Saiz sfera akrilik yang dihasilkan ialah 0.31 - 5.18 μm manakala suhu peralihan kaca (Tg) adalah -50.13oC hingga -31.12oC. Kepelbagaian saiz dan nilai Tg polimer ini dipengaruhi oleh kuantiti monomer nBA dan surfaktan SDS yang digunakan. Hasil analisis FT-IR pula menunjukkan bahawa polimer akrilik sfera telah berjaya diubahsuai dengan NAS untuk menghasilkan kumpulan berfungsi ester suksinimida sebagai tapak pemegunan enzim dan DNA. Polimer ini kemudiannya digunakan untuk merekabentuk biosensor optik urea berasaskan kepantulan dengan pemerangkapan kromoionofor (ETH5294) sebagai bahan yang peka terhadap perubahan pH. Hidrolisis urea oleh enzim urease terpegun pada kumpulan NAS mengubah pH dan perubahan keamatan kepantulan didapati berkadaran dengan kepekatan urea dalam julat rangsangan linear yang lebih luas (0.01 – 1000 mM; R2 = 0.970) daripada yang pernah dilaporkan. Biosensor urea tidak mengalami sebarang gangguan daripada ion Na+, K+, NH4+, Mg+2 dan Ca+2. Selain itu, prob DNA didapati boleh dipegunkan ke atas mikrosfera akrilik untuk menghasilkan biosensor DNA. Dengan itu, biosensor untuk penentuan DNA organisma terubahsuai genetik (GMO) juga berjaya dibangunkan. Untuk membina biosensor DNA bagi tujuan penentuan GMO dalam makanan, elektrod bercetak skrin (SPE) disalutkan dengan sfera poli(nBA-ko-NAS) bersama dengan zarah nano emas (AuNPs). Antraquinon-2-sulfonik asid monohidrat (AQMS) dan metilena biru (MB) telah dikaji sebagai penanda penghibridan DNA. Rangsangan biosensor dihasilkan oleh penanda AQMS dan MB diukur secara voltammetri denyutan kebezaan (DPV). Biosensor yang mengguna penanda AQMS memberikan julat rangsangan linear terhadap DNA sasaran dalam 2.0x10-15-2.0x10-8 M (R2=0.982) dengan had pengesanan 7.79x10-16 M. Bagi biosensor GMO DNA yang menggunakan MB, julat rangsangan linear biosensor adalah 2.0x10-12-2.0x10-7 M (R2=0.987) dengan had pengesanan 1.40x10-13 M. Dalam penentuan GMO kacang soya, biosensor ini didapati memberikan peratus perolehan semula 93.37±4.91%-115.95±9.29% (n=5). Sebagai kesimpulan, bahan baru mikrosfera akrilik telah berjaya dihasilkan dan didapati bersesuaian untuk pembinaan biosensor berasaskan enzim dan DNA. Berbanding dengan biosensor yang tidak mengguna bahan mikrosfera yang pernah dilaporkan, penggunaan mikrosfera telah memperbaiki julat rangsangan linear biosensor urea dan had pengesanan biosensor DNA sehingga kepekatan fento Molar (fM).,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Chemical detectors | - |
dc.subject | Biosensors | - |
dc.subject | Biochemistry | - |
dc.subject | DNA polymerases | - |
dc.subject | DNA microarrays | - |
dc.title | Pembangunan biosensor urea dan DNA berasaskan mikrosfera akrilik terubahsuai | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 295 | - |
dc.identifier.callno | TP159.C46A438 2012 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002684 (2012) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120867+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.