Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500472
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzimahtol Hawariah Lope Pihie, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorTee Thiam Tsui (P41830)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:44:02Z-
dc.date.available2023-10-13T09:44:02Z-
dc.date.issued2012-05-04-
dc.identifier.otherukmvital:120748-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500472-
dc.descriptionXanthorrhizol adalah sejenis seskuiterpenoid yang dipencilkan daripada rizom Curcuma xanthorrhiza Roxburgh. Kajian terdahulu pernah melaporkan bahawa sebatian ini berpotensi sebagai agen antikanser. Maka kajian ini dilakukan bertujuan mengkaji keberkesanan xanthorrhizol dalam merencat pertumbuhan sel hepatoma manusia HepG2 dan mekanisme tindakan dalam mengaruh kematian sel tersebut. Pengenalpastian struktur molekul ditentukan dengan menggunakan analisis kromatografi gas-spektrum jisim (GCMS) dan teknik spektroskopi resonans magnet nukleus (NMR). Sel HepG2 diperlakukan dengan xanthorrhizol pada julat kepekatan yang berbeza dan pertumbuhan sel ditentukan melalui kaedah pewarnaan sel menggunakan sulforhodamin B (SRB). Perlakuan dengan xanthorrhizol selepas 48 jam merencat pertumbuhan sel HepG2 bersandaran dengan peningkatan kepekatan dengan nilai GI50 bersamaan dengan 41.38±2.64 μM. Perencatan pertumbuhan sel HepG2 adalah disebabkan oleh kesan sitotoksik xanthorrhizol. Lantaran itu, didapati perlakuan xanthorrhizol mengakibatkan kematian sel HepG2 secara apoptosis apabila morfologi sel dicerap melalui asai pewarnaan nukleus Hoechst 33258 dan disahkan melalui analisis mikroskop imbasan elektron. Sejajar dengan hasil pengasaian didapati aras apoptosis meningkat secara signifikan berkadaran dengan kepekatan xanthorrhizol. Hasil kajian menggunakan kaedah pengasaian aktitivti kaspase mendapati interaksi xanthorrhizol pada reseptor dalam sel HepG2 mengaktifkan kaspase-8. Kaspase-8 yang aktif kemudiannya memangkinkan pemprosesan BID kepada tBID dan seterusnya ditranslokasi ke mitokondria untuk mengaktifkan keduadua protein proapoptotik, iaitu BAX dan BAK. Namun demikian, aras pengekspresan kedua-dua protein tersebut tidak berubah dan berada pada aras dasar mencadangkan kemungkinan pengaktifan melalui pengoligomeran yang menjurus kepada apoptosis. Pemblotan western mendapati pengekspresan kedua-dua protein antiapoptotik BCL-2 dan BCL-XL menurun secara signifikan selepas diperlakukan dengan xanthorrhizol dan arasnya kekal rendah berbanding dengan kawalan di sepanjang eksperimen. Pengurangan aras pengekspresan protein antiapoptotik BCL-2 dan BCL-XL ini secara tidak langsung meningkatkan nisbah protein proapoptotik kepada protein antiapoptotik yang seterusnya menyebabkan penyahkutuban membran mitokondria, lantas mengaruh apoptosis. Pengasaian enzim mendapati perlakuan xanthorrhizol ke atas sel meningkatkan aktiviti kaspase-9 dan kaspase-3 secara signifikan manakala kaspase-2 tidak diaktifkan. Kaspase-3 yang aktif berfungsi menyahaktifkan PARP-1 dan DFF45/ICAD mengakibatkan DNA terfragmentasi seperti yang dikesan melalui analisis bertangga DNA. Kesimpulannya, xanthorrhizol berupaya mengaruh kematian sel HepG2 melalui mekanisme apoptosis dan bukan nekrosis yang melibatkan protein famili BCL-2 dan pengaktifan kasked kaspase.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectLiver -- Tumor-
dc.subjectHepatoma-
dc.subjectCurcuma xanthorrhiza-
dc.subjectAntineoplastic agents-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titleXanthorrhizol daripada curcuma xanthorrhiza roxburgh mengaruh apoptosis dalam sel kanser hepatoma manusia HepG2-
dc.typeTheses-
dc.format.pages184-
dc.identifier.callnoRC280.L5T435 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002720 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120748+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.99 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.