Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500469
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Sahrin Hj. Ahmad, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Se Yong Eh Noum (P40980) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:43:58Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:43:58Z | - |
dc.date.issued | 2012-05-25 | |
dc.identifier.other | ukmvital:120736 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500469 | - |
dc.description | Penyelidikan ini bertujuan untuk menghasilkan sistem nanokomposit ternari dengan menggunakan cecair getah asli terepoksida (LENR) dan nanozarah tanah liat (OMMT) sebagai pengisi dalam matriks epoksi. Sampel nanokomposit telah disediakan dengan menggunakan kaedah penyemperitan berskru kembar. Set suhu penyemperitan ditetapkan berdasar kepada keputusan analisis DSC ke atas resin epoksi tulin pada 105oC, 108oC, 112oC, 115oC. Sampel yang dihasilkan telah dikaji sifat terma dengan menggunakan analisis kalorimetri imbasan pembedaan (DSC), analisis termograviti (TGA), analisis dinamik mekanik (DMA) dan analisis kekonduksian terma (TCA). Taburan pengisi nanozarah dikaji menggunakan pembelauan sinar-X (XRD) dan sifat mekanik diukur melalui ujian regangan dan ujian hentaman Izod. Kajian morfologi dan mikrostruktur pula dikaji dengan menggunakan mikroskopi imbasan elektron (SEM) dan mikroskopi transmisi elektron (TEM). Penambahan LENR ke dalam matriks epoksi telah meningkatkan kekuatan impak sistem sebanyak 29% berbanding resin tulin. Keputusan yang lebih ketara dapat diperhatikan daripada ujian keliatan patah apabila sistem nanokomposit epoksi ternari telah mencatatkan peningkatan setinggi 163% berbanding resin tulin. Ujian regangan yang telah dijalankan ke atas sistem ternari nanokomposit epoksi menunjukkan modulus Young meningkat dengan penambahan peratusan OMMT. Peningkatan modulus Young adalah sebanyak 40% berbanding dengan resin tanpa pengisi. Sementara itu, analisis DSC dan DMA menunjukkan penambahan pengisi ke dalam sistem epoksi telah menyebabkan Tg sistem beranjak ke suhu yang lebih rendah. Kehadiran fasa getah ke dalam sistem epoksi didapati telah menurunkan kestabilan terma sistem, manakala pengisi OMMT pula meningkatkan kestabilan terma melalui penghasilan lapisan penghadang pengoksidan. Ujian resapan air menunjukkan kehadiran kedua-dua jenis pengisi (LENR dan OMMT) ke dalam sistem epoksi telah meningkatkan peratusan peresapan air sistem (35% hingga 54%) berbanding dengan resin tanpa pengisi. Didapati kombinasi terbaik bagi sistem ternari nanokomposit epoksi terdiri daripada epoksi dengan 5% berat LENR dan 5% berat OMMT di mana sifat mekanik dan termanya adalah tertinggi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.subject | Epoxy compounds | |
dc.subject | Nanocomposites (Materials) | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.title | Sifat mekanik, terma dan mikrostruktur nanokomposit epoksi berpenguat getah asli dan getah asli terperoksida | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 136 | |
dc.identifier.callno | QD383.E66S458 2012 tesis | |
dc.identifier.barcode | 002717(2012); 002917(2012) | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120736+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.37 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.