Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500461
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorLiong Choong Yeun, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorLee Loong Chuen (P74025)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:43:49Z-
dc.date.available2023-10-13T09:43:49Z-
dc.date.issued2019-07-29-
dc.identifier.otherukmvital:120677-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500461-
dc.descriptionPemalsuan dokumen merupakan jenayah serius dan sering menyebabkan kerugian bernilai jutaan ringgit. Jenayah ini berlaku di negara maju mahupun yang sedang membangun seperti Malaysia. Penyelesaian kes sedemikian biasanya melibatkan pemprofilan komposisi dakwat dengan menggunakan teknik instrumen kimia. Teknik spektroskopi inframerah transformasi Fourier-pantulan keseluruhan dikecilkan (ATRFTIR) amat berguna dalam analisis tersebut kerana ia tidak membinasakan sampel yang seterusnya meningkatkan nilai pembuktian sampel tersebut dalam prosiding perundangan. Sejumlah 273 batang dakwat biru pen gel yang berasal daripada 10 jenama pen yang berbeza-beza telah digunakan untuk menghasilkan 1361 entri dakwat (n) dan dianalisis dengan menggunakan spektroskopi ATR-FTIR dalam rantau inframerah 2000 hingga 650 cm-1 yang merangkumi 5401 nombor gelombang (p). Hal ini bermakna, data spektrum yang diselidik adalah berdimensi tinggi kerana nilai n p. Tambahan pula, spektrum dakwat pen yang terhasil sukar dianalisis secara visual kerana kekurangan intrinsik instrumen, kaedah pensampelan yang tidak membinasa, dan faktor komersial. Oleh demikian, motivasi perdana kajian ini ialah mengutarakan prosedur inovasi bagi pemodelan statistik spektrum ATR-FTIR dakwat pen yang berdimensi tinggi. Model ini dijangka meringankan beban kerja pihak berkuasa dalam penyiasatan kes forensik. Oleh sebab itu, sumbangan utama kajian ini ialah prosedur pembinaan model ramalan yang boleh mengenal pasti sumber dakwat pen dengan tepat, cepat dan mudah. Prosedur inovasi ini merangkumi aspek pembinaan data spektrum, perbandingan empat teknik penurunan dimensi tak diselia; dan penilaian al-Khwarizmi dan petua keputusan dalam teknik penurunan dimensi diselia. Tatacara untuk menjana pelbagai subset data daripada data spektrum ATR-FTIR induk juga diutarakan demi penilaian teknik statistik yang lebih menyeluruh. Susulan itu, kajian ini berjaya menerbitkan lebih daripada satu jenis indeks prestasi model, iaitu ketepatan, kestabilan, kepadanan, dan kesederhanaan model. Oleh sebab itu, setiap analisis perbandingan dan penilaian telah dilaksanakan secara rapi dengan menggunakan pendekatan inovasi yang menerapkan statistik ikhtisar, ujian hipotesis, penerokaan multivariat dan kaedah TOPSIS. Setiap teknik itu tidak sempurna tetapi melengkapi satu sama lain. Hal ini bermakna, dapatan kajian yang dilaporkan boleh dipercayai kerana telah mempertimbangkan pelbagai aspek yang berkemungkinan. Akhirnya, model ramalan terbaik untuk meramal jenama pen berdasarkan spektrum ATR-FTIR entri dakwat yang tidak diketahui sumbernya berjaya terbentuk. Model ini berpotensi diubah suai kepada perisian pengurusan pangkalan data dakwat yang pertama di Malaysia. Sepanjang perjalanan kajian ini, impak beberapa aspek praktis yang penting dalam pemodelan spektrum, kaedah penganggaran prestasi model yang berkesan dan langkah pengiraan yang berkaitan turut diterokai dengan terperinci.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPemalsuan dokumen-
dc.subjectJenayah-
dc.subjectDakwat biru-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKaedah prapemprosesan data dan pembeza layan dengan penurunan dimensi yang terbaik untuk pengecaman jenama dakwat biru pen gel dalam penyiasatan forensik-
dc.typeTheses-
dc.format.pages216-
dc.identifier.barcode004787(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120677+SOURCE1+SOURCE1.2.PDF
  Restricted Access
1.27 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.