Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500459
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Sahrim Hj. Ahmad, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Hafizal�Yazid (P41521 ) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:43:48Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:43:48Z | - |
dc.date.issued | 2012-05-07 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:120528 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500459 | - |
dc.description | Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan penambahan nanozarah boron karbida (B4C) ke dalam polimer adunan (TPNR) terhadap sifat regangan, terma dan penyerapan neutron terma. Kesan penambahan zarah bersaiz mikro juga dikaji sebagai perbandingan. Komposit TPNR yang terbentuk dengan kehadiran pengisi (B4C) dikaji berdasarkan kehabluran matriks, perubahan mikrostruktur dan lokasi pengisi untuk menghasilkan hubungan struktur dan sifat. Komposit TPNR dihasilkan melalui kaedah pengadunan leburan (Haake 600p) pada suhu 135 °C, putaran rotor 55 ppm dan masa adunan 15 min. TPNR merupakan adunan getah asli (NR), getah asli cecair (LNR) dan polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) pada nisbah peratus berat (Mf) 50:10:40. LNR yang digunakan adalah hasil daripada kaedah fotokimia menggunakan cahaya ultraungu dalam larutan toluena. LNR tersebut berfungsi sebagai agen pengserasi di antara fasa NR dan HDPE. Keberkesanannya ditunjukkan dengan kenaikan kekuatan regangan sebanyak 24% berbanding tanpa LNR. Komposit yang dikaji mengandungi pengisi dari 0% hingga 10% berat (Mf). Pengisi dirawat dengan agen penebar, LICA 38 bagi mengurangkan agglomerasi. Didapati kandungan optimum LICA 38 adalah 1.6% dan 0.6% berat bagi pengisi nanozarah dan pengisi mikro masing-masing. Keseragaman taburan pengisi didapati bagi pengisi bersaiz mikro bagi komposisi dari 6% hingga 10% berat seperti yang ditunjukkan oleh mikrotomografi sinar-x. Bagi pengisi nanozarah, taburannya ditunjukkan oleh mikroskopi elektron transmisi (TEM) dimana terdapat kecenderungan pengisi nanozarah untuk berada di dalam fasa matriks tertentu bergantung kepada komposisi. Kecenderungan tersebut disebabkan terdapat kenaikan saiz pada agglomerasi nanozarah apabila komposisinya ditingkatkan seperti yang ditunjukkan oleh hasil ujian serakan sudut kecil sinar-x (SAXS) melalui pendekatan analisis Guinier dan Porod. Analisis ini menunjukkan peningkatan nilai jejari legaran (Rt) dari aspek ketebalan serakan 1 dimensi adalah 3.89 nm ke 4.83 nm dan penurunan luas permukaan tentu (S/V) dari 504.6 m²/g ke 407.4 m²/g dengan kenaikan komposisi pengisi dari 2% hingga 10% berat. Analisis penghabluran daripada ujian belauan sinar-x (XRD) menunjukkan penurunan darjah penghabluran sampel sehingga 67% dan 65% bagi pengisi bersaiz mikro dan nano masing-masing. Namun bagi pengisi nanozarah, darjah penghabluran dipengaruhi oleh saiz agglomerasi zarah dan ruang yang masih boleh ditempati pengisi pada fasa HDPE tersebut. Komponen puncak Bragg dan amorfus dipisahkan dengan menggunakan teknik de-convolution dan fungsi multi-komponen iaitu Pearson VII. Nilai kekuatan regangan komposit bagi kedua-dua saiz pengisi adalah bergantung kepada darjah penghabluran fasa HDPE dan perubahan mikrostruktur. Parameter morfologi lamela bagi polimer adunan iaitu nilai ls, la dan lc adalah 158.0 Å, 29.5 Å dan 128.5 Å masing-masing yang diperolehi dari analisis fungsi korelasi berdasarkan ujian SAXS. Analisis terma menunjukkan kebergantungan nilai kekonduksian terma terhadap lokasi pengisi samada berada pada fasa HDPE atau fasa selanjar NR. Nilai penyerapan neutron terma terbaik adalah bagi komposit berpengisi mikro dengan 2% berat. Nilai keratan rentas makroskopik komposisi tersebut adalah 9.13cm,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Thermoplastic composites | - |
dc.subject | Rubber | - |
dc.subject | Boron�compounds | - |
dc.title | Penyediaan dan pencirian komposit termoplastik getah asli berpengisi nanozarah dan mikrozarah boron karbida | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 173 | - |
dc.identifier.callno | TA418.9.C6H226�2012 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003111 (2012) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120528+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.24 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.