Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500405
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorLee Yook Heng, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorRaja Zaidatul Akhmar Raja Jamaluddin (P64540)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:42:53Z-
dc.date.available2023-10-13T09:42:53Z-
dc.date.issued2017-07-03-
dc.identifier.otherukmvital:118431-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500405-
dc.descriptionGrafena (rGO) dan nanosfera grafena (GNS) yang disintesis masing-masing telah diubahsuai untuk merekabentuk biosensor nitrit dan DNA yang baru. Dalam pembangunan biosensor berasaskan rGO, hemoglobin (Hb) dan prob DNA organisma terubahsuai gen beramina telah berikatan dengan kumpulan suksinimida pada poli(n-butil akrilat)-grafena [poli(nBA)-rGO] masing-masing bagi biosensor nitrit dan biosensor DNA. Sementara itu, dalam pembangunan biosensor berasaskan GNS, prob DNA beramina bagi organisma terubahsuai gen telah berikatan dengan kumpulan COOH pada pirena asid butarik dengan menggunakan 1-etil-3(3- dimetilaminopropil) karbodimida sebagai penaut silang bagi biosensor DNA. Bahan yang disintesis telah dicirikan dengan menggunakan spektroskopi inframerah transformasi fourier (FTIR), mikroskop elektron imbasan pancaran medan (FESEM), Spektroskopi Raman transformasi Fourier (RAMAN) dan spektroskopi Ultra Lembayung-Boleh Nampak (UL-Nampak). Bagi biosensor nitrit, tindak balas nitrit dengan Hb yang terpegun pada poli(nBA)-rGO menghasilkan puncak katod pada -0.6 V dalam pH 5.5. Untuk biosensor nitrit yang dikembangkan, julat rangsangan linear terhadap nitrit ialah dari 0.05 hingga 5 ppm dengan had pengesanan terendah pada 0.03 ppm. Sisihan piawai relatif (RSD) bagi kebolehasilan ialah 7-9% (n=5). Ion pengganggu (kation dan anion) yang lazim ditemui tidak memberikan gangguan yang jelas terhadap biosensor ini. Biosensor DNA telah dibina berasaskan konsep penjerapan penanda redoks iaitu garam natrium mono asid sulfonik-2-antrakuinon (AQMS) ke atas rGO. Mekanisma tindakan biosensor DNA ini melibatkan penjerapan AQMS dalam rGO dan penurunan penjerapan ini apabila penghibridan prob DNA organisma terubahsuai gen dengan DNA sasaran berlaku. Rangsangan biosensor yang optimum diperoleh pada penimbal fosfat 0.05 M, pH 6.5 dan masa interaksi antara penanda penghibridan selama sejam. Rangsangan biosensor DNA linear pada julat kepekatan cDNA dari 1.0 x 10-9 hingga 1.0 x 10-2 μM (R2 = 0.98) dengan LOD 6.29 x 10-10 μM. Bagi biosensor DNA berasaskan nanokomposit GNS dan pirena asid butarik direkabentuk, penghibridan prob DNA terpegun dengan sasaran DNA secara spesifik ditentukan berasaskan mekansima AQMS sebagai interkalator dengan DNA dupleks selepas penghibridan. Julat linear DNA sasaran untuk biosensor ini ialah 1.0 x 10-10 hingga 1.0 x 10-2 μM dengan pekali kolerasi R2 = 0.9934 dan had pengesanan yang ditentukan adalah 4.59 x 10-11 μM. Sebagai kesimpulan, grafena (rGO) dan nanosfera grafena (GNS) dapat meningkatkan prestasi analisis biosensor melalui peningkatan luas permukaan pada elektrod, dan seterusnya meningkatkan kepekaan biosensor.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectGraphene-
dc.subjectChemical detectors-
dc.subjectBiosensors-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleBiosensor amperometri nitrit dan DNA berasaskan grafena-
dc.typeTheses-
dc.format.pages136-
dc.identifier.callnoQD341.H9R336 2017 tesis-
dc.identifier.barcode004601(2020)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118431+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
445.46 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.